NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kos meningkat, harga tiket bas eksekutif naik 42 peratus



KOTA BHARU: Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka menaikkan harga tiket bas eksekutif sebanyak 42 peratus iaitu daripada RM44 kepada RM75 dalam masa terdekat.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata, kenaikan harga itu juga sudah dilaksanakan pengusaha bas di beberapa negeri lain.

“Keputusan itu dibuat menerusi perbincangan bersama pengusaha bas di Pantai Timur memandangkan kos yang semakin meningkat.

“Bas eksekutif bermaksud bas yang mempunyai kerusi 2-1 di setiap barisan, manakala bas ekonomi pula membabitkan kerusi 2-2 di setiap barisan,” katanya selepas menyampaikan zakat sempena Majlis Penyampaian Zakat Oleh Konsortium E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji, semalam. (Foto atas)

Katanya, pada masa sekarang pengusaha bas di Pantai Timur mengenakan tambang tiket ekonomi untuk bas eksekutif dan tindakan itu dibuat akibat persaingan yang berlaku sebelum ini.

“Namun disebabkan kos yang semakin meningkat termasuk alat ganti dan harga bas yang semakin mahal menyebabkan pengusaha bas sudah tidak mampu untuk menampung kos operasi dan kami sepakat untuk menaikkan tambang kepada harga yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

“Bagi bas ekonomi, harga yang akan dikenakan RM44 berbanding kini RM35, manakala tiket bas eksekutif yang akan dikenakan RM75 berbanding kini RM44,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/3/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo