NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerana politiking pendidikan anak bangsa terkesan




KUALA LUMPUR:
 Polisi orang-orang politik dalam kerajaan yang mempolitikkan program pendidikan boleh memberi kesan buruk pada masa depan anak bangsa.

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, kenyataan beliau itu adalah satu pandangan yang ikhlas untuk generasi akan datang.

“Baru-baru ini saya berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Profesor Dr Haim (Hilman Abdullah). Dia ceritalah benda-benda macam ni.

“Saya nak minta penjelasanlah kalau benda ni betul atau tidak. Saya takut kalau saya dapat berita-berita yang tak benar, saya nak dapatkan penjelasan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu mencelah pada sesi Penggulungan Kementerian Pendidikan bagi Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Perkara itu dipercayai merujuk kepada luahan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah di DUN Kedah baru-baru ini mengenai kejadian halangan kepada beliau untuk berceramah di sekolah Kementerian Pendidikan.

“Jadi bila macam tu saya mintalah, kita bila kita fokus sepertimana saya dapat bertemu dengan Profesor Dr Haim saya sangat sedih perkara-perkara ini kalau berlaku.

“Kerana ini adalah satu sistem pendidikan masa depan anak-anak bangsa kita. Kalau boleh politik letak ketepilah. Kalau kita nak masukkan politik sekali dalam pendidikan, anak-anak kita akan terkesan,” ujarnya.

Beliau secara sinis meminta agar negeri-negeri dikuasai pembangkang diberi autonomi oleh Kementerian Pendidikan dalam hal pendidikan sekiranya polisi itu berterusan.

Namun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak memberikan maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan Pendang dalam ucapannya.

Dalam beberapa soalan hampir sama dikemukakan kepadanya, Fadhlina hanya memberi kenyataan umum agar merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan berkaitan perkara tersebut. – HARAKAHDAILY 13/3/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo