NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan, KP imigresen baharu tapi tiada yang berubah, kata aktivis



PETALING JAYA: Seorang aktivis hak asasi manusia mendakwa tidak banyak berlaku perubahan dalam cara negara mengendalikan pendatang dan pelarian walaupun dengan tertubuhnya kerajaan perpaduan pada November 2022.

Bekas pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata, ada sesuatu yang tidak kena sekiranya Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sendiri terpaksa merayu untuk mendapatkan akses kepada pusat tahanan imigresen.

“Sesuatu juga tidak kena jika ketua pengarah imigresen atau Kementerian Dalam Negeri pula boleh memutuskan bila dan mengapa UNHCR boleh memasuki (depot-depot ini).

“Sudah ada rangka kerja antara agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan mengenai perkara ini,” katanya pada pelancaran laporan Human Rights Watch (HRW).

Laporan HRW itu memperincikan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan penganiayaan di depot imigresen, berdasarkan temu bual yang dijalankan dengan 43 bekas tahanan.

Para tahanan didakwa tertakluk kepada peraturan yang ketat dan sembarangan, dengan hukuman dikenakan kerana membuat bising atau meminta keperluan asas, selain keadaan hidup yang menyedihkan serta kekurangan rawatan perubatan.

HRW juga menuduh kerajaan Anwar Ibrahim gagal melaksanakan reformasi terhadap dasar imigresen berhubung layanan terhadap pendatang dan pelarian walaupun mengkritik pentadbiran terdahulu berhubung isu yang sama.

Joseph berkata, kerajaan harus jelas mengenai perkara itu jika enggan membenarkan UNHCR mendapat akses kepada pusat tahanan.

Timbalan Pengarah HRW Asia Bryony Lau berkata, tidak berlaku sebarang perubahan dari segi akses NGO kepada depot imigresen.

“Kami selalu dinafikan akses, sesuatu yang pelik kerana dengan membenarkan akses, ia akan menjadi kemenangan yang mudah bagi kerajaan, selain akan turut membantu.

“Ketika Anwar menjadi ketua pembangkang, beliau mengkritik kerajaan ketika itu kerana tidak membenarkan UNHCR masuk, tetapi tiada apa yang berubah sekarang,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo