NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Karim mengenai Padu ‘pandangan peribadi’, kata Rafizi

Seorang menteri Sarawak semalam, membangkitkan kebimbangan berhubung keselamatan data peribadi di Pangkalan Data Utama 


SHAH ALAM: Gesaan seorang menteri Sarawak supaya kumpulan berpendapatan tinggi menangguhkan pendaftaran dengan Pangkalan Data Utama (Padu) adalah “pandangan peribadi” beliau, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, semalam berkata mereka yang tidak memerlukan bantuan tidak seharusnya dipaksa untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka.

“Itu adalah pandangan peribadi Karim dan banyak pandangan berbeza,” kata Rafizi kepada wartawan selepas sesi dialog awam Padu.

“Pada akhirnya, semua kerajaan negeri perlu membuat keputusan rasmi dan mengikutinya. Jadi minggu depan Kementerian Ekonomi akan duduk (berbincang) berkenaan hal ini dengan kerajaan Sarawak.”

Semalam, Karim mempersoalkan keperluan untuk Padu kerana sudah ada data sedia ada seperti eKasih.

Katanya, terdapat kebimbangan berhubung keselamatan data peribadi kerana maklumat peribadi dan kewangan turut dimasukkan dalam sistem itu, dan dakwanya rakyat terdedah dengan berbuat demikian.

Susulan itu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Abang Johari Openg akan mengadakan pertemuan berhubung perkara itu.

Rafizi berkata penduduk Sarawak masih bebas untuk mendaftar Padu kerana tiada larangan untuk berbuat demikian daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Beliau mengulas laporan pegawai pentadbiran Sarawak di bahagian Sri Aman dan Sibu diarahkan untuk tidak mendaftarkan maklumat penduduk di Padu sehingga diberitahu.

Residen Sri Aman Abang Porkan Abang Budiman mengeluarkan arahan itu dalam satu memorandum rasmi kepada pegawai daerah dan pentadbiran di bahagian itu, lapor Borneo Post.

Pegawai daerah juga diminta memanjangkan arahan itu kepada semua ketua masyarakat, ketua kaum, dan ketua kampung di bawah pentadbiran mereka.

Residen Sibu Wong Hee Sieng, juga dilapor memaklumkan kepada pegawai pentadbiran bahagian, bahawa kerajaan negeri masih belum memutuskan untuk mendaftar data peribadi dengan Padu, dan pemimpin masyarakat dinasihatkan tidak terbabit dengan perkara itu.

Setiap 12 bahagian di Sarawak ditadbir oleh pegawai yang dikenali sebagai residen, yang diberi kuasa pentadbiran meliputi imigresen, perkhidmatan pos, kastam dan cukai, serta pendaftaran.

Rafizi berkata, arahan tersebut hanya kepada pegawai kerajaan sementara menunggu penjelasan lanjut Padu daripada Kementerian Ekonomi.

“Ini tidak bermakna Padu tidak wujud di Sarawak,” katanya.





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo