NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa tak tuntut China mohon maaf, Tangau sindir Akmal

Wilfred Madius Tangau berkata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh perlu mendesak permohonan maaf dari China memandangkan pengeluar stoking kontroversi beroperasi di negara itu.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau menyelar reaksi tidak seimbang Dr Akmal Saleh mendepani kontroversi stoking tertera kalimah Allah, sambil menyindir supaya ketua Pemuda Umno itu menuntut permohonan maaf daripada China.

Mengulas kempen Akmal berhubung gesaan boikot KK Mart di seluruh negara, Tangau berkata Adun Merlimau itu sepatutnya mendesak duta China ke Malaysia dipanggil berkait kontroversi berkenaan.

Sambil menyeru kepada tindakan lebih seimbang, bekas presiden Upko berkata penarikan pantas produk itu oleh KK Mart perlu diambil kira, disusuli permohonan maaf.

“Kenapa kecuaian mereka dianggap sebagai berniat jahat? Kenapa menuntut atau mengarahkan kedua-dua (KK Mart dan pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd) menutup operasi?

“Jika tindakan tidak seimbang ini diwajarkan atas nama agama, justeru Akmal mesti menuntut permohonan maaf daripada China kerana membenarkan pengeluar di Yiwu, Zhejiang, mengeluarkan stoking terbabit.

“Akmal sepatutnya memberi tekanan kepada Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan, yang juga timbalan presiden partinya memanggil duta China bagi menjelaskan dan memboikot China jika Malaysia tidak mendapat jawapan memuaskan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, rakyat yang waras sudah pasti menjangka menteri luar negeri tidak akan melakukan tindakan tidak seimbang terhadap China, di mana negara itu merupakan rakan dagang utama.

Tangau berkata, tindakan “pemburuan” terhadap KK Mart boleh merosakkan ekonomi dengan menghalang pelabur ke Malaysia.

“Jika kecuaian menjurus kepada hukuman mati kepada rangkaian runcit itu yang merancang untuk disenaraikan, apa yang akan melindungi mereka daripada pesaing atau pemerasan oleh penguat kuasa undang-undang? soalnya.



Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo