NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen sektor awam: Galakkan kaum lain sertai bidang ketenteraan – Pemuda UMNO



  • “Pertamanya bukan galak kepada kaum Cina sahaja, ia patut digalakkan kepada kaum India, dan kaum-kaum lain juga terutama dalam bidang ketenteraan yang kurang penyertaannya di kalangan bukan bumiputera,” kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Beliau berkata demikian mengulas laporan berita berkenaan kerajaan mengadakan kempen menggalakkan lebih ramai kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam yang diadakan di seluruh negara bermula di Melaka.
  • Dr Akmal juga meminta kerajaan untuk menghalang mana-mana syarikat swasta di dalam negara daripada melaksanakan syarat hanya mengambil pekerja berdasarkan kaum sendiri sahaja atau keperluan berbahasa selain bahasa Melayu.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta tidak hanya menggalakkan kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam, tetapi kaum India dan lain-lain, terutama dalam bidang ketenteraan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ini kerana penyertaan kelompok bukan bumiputera dalam bidang ketenteraan adalah rendah.

“Pertamanya bukan galak kepada kaum Cina sahaja, ia patut digalakkan kepada kaum India, dan kaum-kaum lain juga terutama dalam bidang ketenteraan yang kurang penyertaannya di kalangan bukan bumiputera,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan berita berkenaan kerajaan mengadakan kempen menggalakkan lebih ramai kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam yang diadakan di seluruh negara bermula di Melaka.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai dilaporkan sebagai berkata kempen itu diadakan berikutan jumlah kaum Cina yang berminat menjadi penjawat awam rendah.

Dalam pada itu, Dr Akmal juga meminta kerajaan untuk menghalang mana-mana syarikat swasta di dalam negara daripada melaksanakan syarat hanya mengambil pekerja berdasarkan kaum sendiri sahaja atau keperluan berbahasa selain bahasa Melayu.

“Yang keduanya, kita minta kerajaan untuk menghalang mana-mana syarikat swasta di dalam negara ini yang hanya mensyaratkan untuk mengambil pekerja hanya berdasarkan kaum mereka sahaja ataupun syarat untuk tahu berbahasa selain daripada bahasa Melayu.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk sistem pendidikan satu aliran juga mesti dilaksanakan,” katanya. 

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata penubuhan sekolah vernakular sewajarnya dihadkan dan ia tidak boleh berkembang dengan sewenang-wenangnya sebagaimana berlaku sekarang.

Kok Seong berkata ini kerana sekolah vernakular hanya aliran sampingan di negara ini, maka ia tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama dan ‘maruah’ bagi sistem pendidikan negara.

Beliau juga tidak menafikan bahawa sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum.— The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo