Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata demikian, mengulas susulan slot Soal-Jawab beliau di Dewan Rakyat kelmarin (11 Mac), ketika bertanyakan soalan kepada Fahmi mengenai rasional penggubalan Kod Etika Wartawan baharu yang diumumkan pada 20 Februari lalu.
Menurutnya, pelancaran kod etika ini menerima banyak kritikan kerana ia membuka ruang untuk kerajaan lebih mengongkong kebebasan media dan ia juga bertentangan dengan usaha mewujudkan‘self-regulation’ dalam industri media.
“Saya minta Fahmi memberi jaminan bahawa; pertama, Kod Etika ini akan diserahkan kepada Majlis Media Malaysia apabila ditubuhkan nanti
“Kedua, kerajaan tidak akan mempergunakan Kod Etika ini untuk menyekat pemberian Kad Perakuan Media secara adil. Malangnya, Fahmi enggan memberikan jaminan yang saya minta. Fahmi melarikan diri dari menjawab soalan yang saya tanyakan.
“Malahan Fahmi cuba menukar tajuk dengan mengulang apa yang beliau sudah pernah kata di luar Dewan mengenai Kad Perakuan Media bukan lesen. Ini bukan soalan yang saya tanya,” tegas mantan Ketua Penerangan parti Bersatu itu.
Tambah Wan Saiful, Fahmi tidak mahu memberi jaminan untuk meletakkan kod etika ini di bawah seliaan Majlis Media Malaysia apabila ditubuhkan nanti seperti yang diminta beliau.
“Fahmi juga tak mahu beri jaminan bahawa proses pengeluaran Kad Perakuan Media akan dibuat secara adil.
“Semua ini memberi bayangan betapa Fahmi tidak faham dan tidak menghadami kebimbangan yang begitu banyak disuarakan di kalangan pengamal media. Inilah masalahnya apabila seorang yang tidak kompeten diletak sebagai Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menyatakan, rakyat dan pengamal media ada hak untuk bimbang mengenai kebebasan media negara kita. Kerajaan ini terang-terangan menyekat kebebasan aktivis media sosial.
“Dengan Kod Etika ini, kerajaan yang suka mengongkong ini boleh menyekat kebebasan media tradisional juga.
“Tidak ada nilai jika Fahmi mengulang cerita apa yang dia pernah buat dulu. Sebab seluruh dunia tahu bagaimana PH menabur janji bulan dan bintang semasa memburu kuasa dan takhta. Itu dulu. Semua janji PH adalah sembang kosong.
“Yang penting ialah apa yang dibuat sekarang. Rakyat semakin nampak bahawa dulu mereka hanya berlakon sebagai pejuang kebebasan bersuara. Tetapi sekarang, apabila sudah dapat harta dan takhta, merekalah yang membunuh kebebasan bersuara dan kebebasan media,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment