NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup



Tan Sri Rafidah Aziz menyindir kerajaan campuran yang kononnya terdapat kemasukan berbilion pelaburan ke dalam negara tetapi kilang tayar terkemuka pula mengumumkan penutupan operasinya pada Jun ini.

Bekas menteri itu mengulas berhubung hantaran tular di media sosial pengumuman Goodyear Malaysia akan menutup kilang pembuatannya yang berusia 52 tahun di Shah Alam, Selangor pada 30 Jun ini.

“Ia satu kejutan yang tidak dijangka untuk membacanya di media, mengenai entiti lama dalam sektor perindustrian, Goodyear telah memutuskan untuk menutup operasinya di Malaysia.

“Ia mesti membuatkan kita bermuhasabah untuk memahami sebabnya,” kata Rafidah dipetik laporan portal Malaysiakini.

“Kerajaan mesti segera bertindak balas terhadap perkembangan sebegini.

“Walaupun menggembar-gemburkan berbilion-bilion pelaburan yang mungkin, jangkaan sedang diperkatakan dan dibincangkan, adalah sangat penting agar entiti industri dan perniagaan yang sudah ada di sini tidak menutup kedai dan pergi ke negara lain,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, Malaysia tidak boleh sama sekali bergantung kepada pemeteraian memorandum persefahaman untuk mengukur tahap pelaburan.

Namun, katanya kerajaan harus memastikan terdapat memorandum aku janji pelaburan yang serius yang merangkumi butiran sertakomitmen terhadap lokasi tapak dan tenaga kerja.

Memo dalaman yang dikatakan bocor itu memetik Presiden Asia Pasifik Goodyear Tyre & Rubber Company Nathaniel Madarang berkata penutupan itu merupakan sebahagian daripada “program transformasi” syarikat itu.

Dia berkata kira-kira 550 jawatan dalam operasinya di Malaysia akan terjejas.

Kilang Goodyear di Shah Alam dibuka 52 tahun lalu pada 1972.

Rafidah menggesa kerajaan mendedahkan berapa banyak syarikat yang telah menutup operasi di Malaysia.

“Ke mana mereka telah berpindah? Mengapa mereka berhenti operasi di Malaysia?

“Teliti apakah faktor pendorong yang mendorong mereka untuk tutup dan lebih teruk lagi, berpindah ke tempat lain,” katanya.


Sumber | Agenda Daily



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo