Penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa minta elaun RM2,000 sebulan diterima mereka dinaikkan.
KUALA LUMPUR: Penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) meminta kerajaan mengkaji semula elaun diterima mereka ketika ini susulan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bekas anggota polis cawangan khas, Paul Kiong, yang juga salah seorang penerima pingat berkata anugerah itu adalah darjah kebesaran persekutuan mempunyai kedudukan paling tinggi dalam negara.
SP adalah pingat tertinggi daripada lima pingat dalam darjah Gagah Perkasa.
Mengambil kira hanya lima orang sahaja penerima SP masih hidup, beliau berkata wajar untuk kerajaan menaikkan elaun memandangkan kali terakhir kenaikan pada 2009 iaitu daripada RM400 kepada RM2,000.
“Kos sara hidup ketika ini semakin meningkat, jadi wajar untuk kerajaan mempertimbangkan kenaikan elaun ini memandangkan hanya tinggal lima orang sahaja (penerima SP),” katanya dalam wawancara khas di Muzium Polis Diraja Malaysia.
Seorang lagi penerima SP, pesara polis Etin Bijam dari Miri, Sarawak, yang kini berusia 83 tahun hadir ditemani keluarganya.
Paul berkata, apa yang golongan veteran sepertinya mahukan adalah kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan komunis.
“Kami sudah berusia, kalau anda (kerajaan) tidak menghormati kami yang berlima ini, bagaimana ingin jaga rakyat. Apa yang kami mahukan adalah sedikit keistimewaan sebagai contoh ketika mendapatkan perkhidmatan di hospital,” katanya.
Katanya, walaupun uzur dia amat berbesar hati dapat bertemu rakan seperjuangan yang turut bersama menentang komunis dahulu.
“Saya bangga dan cukup gembira dapat berjumpa (Etin) di Kuala Lumpur, saya harap beliau jaga diri dan kesihatan. Sebagai pejuang, kami berkongsi semangat dan ikatan yang sama sebagai pejuang negara…kami telah berkorban untuk rakyat dan negara,” katanya.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment