NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kait PAS dengan titah Sultan Pahang, Pemuda PAS buat laporan terhadap portal

Ketua Penerangan Pemuda PAS Nadzir Helmi, berkata pihaknya kecewa cara pelaporan portal HarapanDaily. 


PETALING JAYA: Pemuda PAS akan buat laporan polis terhadap portal mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah mengaitkan PAS dengan titah Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Nadzir Helmi, berkata pihaknya kecewa dengan apa dikatakan pelaporan palsu dibuat atas titah baginda.

“Pemuda PAS menyatakan kekecewaan terhadap portal HarapanDaily atas pelaporan palsu dibuat ke atas kenyataan ucapan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sehingga baginda mengeluarkan kenyataan media akibat daripada fitnah yang dilakukan.

“Laporan polis akan dibuat terhadap portal ini bagi melindungi kesucian institusi istana dan raja yang telah dijadikan medan taburan fitnah oleh mereka,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini, Sultan Abdullah zahir rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan portal berita memuat naik laporan bersifat fitnah mengaitkan titah baginda merujuk satu parti politik.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mohamed Zahari Yahya, berkata laporan bertarikh 22 Mac itu bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat.

Katanya, Paduka Baginda tidak menujukan kepada mana-mana parti politik dalam titahnya ketika sesi Taklimat Pembangunan Daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran.

Beliau berkata, baginda bertitah secara umum dengan mengingatkan supaya masjid merupakan tempat ibadat umat Islam sentiasa dipelihara kesuciannya.

Kenyataan itu merujuk tajuk artikel portal itu, “Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS”.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo