Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata prospek Anwar Ibrahim berpegangan tangan dengan Azmin Ali adalah satu senario yang dialu-alukan |
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) boleh menjalinkan satu bentuk kerjasama dengan Bersatu sebelum PRU akan datang kerana gabungan itu boleh bekerjasama dengan Umno.
Bekas ahli PKR dan DAP itu berkata, Bersatu juga tidak banyak beza kerana ia adalah parti serpihan daripada Umno.
“Sekiranya kami boleh menerima Umno, sudah tentu parti serpihan seperti Bersatu diberi layanan yang sama.
“Prospek (pengerusi PH dan presiden PKR) Anwar Ibrahim berpegangan tangan dengan Azmin Ali (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu) adalah satu senario yang dialu-alukan,” katanya dalam satu hantaran di X.
Zaid yang kini kembali kepada Umno berkata, PH boleh menjadikan Azmin menteri besar Selangor, manakala Anwar kekal sebagai perdana menteri.
Bersatu adalah parti serpihan Umno, ia ditubuhkan pada 2016 dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusinya.
Parti itu pernah menjadi sebahagian PH tetapi keluar dari komponen itu pada Feb 2020 susulan Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan yang diterajui PH tumbang.
Bersatu kini diterajui Muhyiddin Yassin, dan menjadi sebahagian parti komponen Perikatan Nasional bersama PAS dan gerakan.
Umno dan PAS pula pernah menjalinkan kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) tetapi pakatan itu terkubur selepas PAS menyertai PN dan pada masa yang sama mahu Bersatu juga menyertai MN.
Enam Ahli Parlimen Bersatu juga menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri manakala seorang Adun Bersatu pula menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan sebagai berkata lebih ramai pemimpin pembangkang akan menyertai PKR.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment