NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jelajah diumum Muhyiddin ‘kerjasama demi isu rakyat’, kata Syed Saddiq



KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan jelajah bersama yang diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tempoh hari sebagai “kerjasama demi isu rakyat dan masa depan negara”.

Justeru, Syed Saddiq mahu bertemu kepimpinan Muda bagi memberi penjelasan berhubung jelajah seluruh negara yang mungkin berlaku selepas Aidilfitri, dan meminta kebenaran parti untuk menyertainya.

Syed Saddiq berkata pertemuan bagi menjelaskan sebarang kemungkinan “salah tafsir”.

“Ini bukan jelajah PN jelajah Muda. Ini bukan jelajah kepartian semata-mata tetapi kerjasama demi isu rakyat dan masa depan negara,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Menyusuli pertemuan itu Syed Saddiq berharap tenaga merentas kepartian dapat digembleng untuk “suarakan isu rakyat”.

“Harap dari sana kita dapat menggembleng tenaga rentasi barisan parti – tanpa kira Muda atau PN – untuk suarakan isu rakyat yang patut dijadi panduan utama kita,” katanya.

Muhyiddin pada Sabtu mengumumkan PN merancang mengadakan jelajah ke seluruh negara bersama Syed Saddiq bagi memberi penerangan berhubung isu semasa. Syed Saddiq merupakan bekas presiden Muda.

Pemangku presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz, memaklumkan hal jelajah bersama PN itu tidak pernah dibincangkan dalam jawatankuasa eksekutif pusat Muda.

Amira berkata Muda hanya mempunyai komitmen bersama dengan Parti Sosialis Malaysia bagi mengangkat isu rakyat merentas agama, bangsa, dan warna kulit.

“Muda kekal sebagai parti politik yang tunggal tanpa menyokong mana-mana blok sama ada dengan Umno-Pakatan Harapan mahupun PN,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo