NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan bergantung China, Malaysia perlu ada pelbagai rakan dagang, kata penganalisis

Pada 2023, nilai eksport negara ke China RM192.2 bilion, manakala import bernilai RM258.6 bilion. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA: Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangnya dengan lebih banyak negara dan mengurangkan kebergantungan kepada China, memandangkan “sikap mengganggu” negara itu di Laut China Selatan, kata penganalisis.

Collins Chong, penganalisis keselamatan dan strategi Universiti Malaya, berkata penting bagi Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap tingkah laku yang membangkitkan isu keselamatan dan menjauhkan pelaburan asing.

“Pendekatan Malaysia dalam pertikaian di Laut China Selatan telah diredakan, bergantung kepada diplomasi senyap pintu belakang untuk mengelak risiko hubungan dengan Beijing, iaitu rakan dagang terbesarnya.

“Bagaimanapun, jangan sampai kita lupa bahagian terbesar aset ekonomi Malaysia datangnya daripada deposit bahan api fosil terletak di Laut China Selatan.

“Justeru, demi memastikan kepentingan dan kedaulatan negara di laut terpelihara, Malaysia mesti bebaskan diri daripada berterusan bergantung terhadap eksport yang banyak kepada China demi limpahan modal dan ekonomi,” katanya kepada FMT.

Ketika ini, nilai dagang Malaysia dengan China adalah 17.1%.

Malaysia menjana pendapatan berjumlah RM192.2 billion tahun lalu daripada eksport barang ke China dan mengimport RM258.6 bilion, kebanyakan dalam bentuk jentera, peralatan, dan produk kimia.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan hubungan Malaysia dan China, di tengah-tengah tekanan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk mempertahan integriti dan kebebasan berlayar di Laut China Selatan.

Sambil menekankan Malaysia “sangat bebas” dan tidak patut dipaksa memilih oleh sebarang kuasa luar, Anwar menolak gesaan mengawal kebangkitan China, yang mana disifatkannya hanya memburukkan negara itu dan menyemai perbalahan di rantau ini.

Permintaan AS itu sebagai maklum balas terhadap “garisan 10 titik” diterbitkan China tahun lalu, yang menuntut 90% daripada 3.6 juta kilometer persegi Laut China Selatan, termasuk jajahan maritim milik Malaysia, Vietnam, Filipina, dan Brunei.

Collins berkata, Anwar tidak sepatutnya salah tafsir gesaan Barat “menegakkan undang-undang” di rantau ini sebagai cubaan campur tangan dasar luar, namun sebagai cubaan mengekalkan keamanan di Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan tersibuk dunia.

Dalam pada itu, Sharon Seah dari Institut Iseas-Yusof Ishak, berkata Malaysia perlu aktif berhubungan dengan negara Asean lain untuk secara bersama menegakkan undang-undang di Laut China Selatan.

Katanya, Malaysia sepatutnya secara minilateral dan fokus kerjasama dalam skala kecil bersama Vietnam dan Filipina bergabung menampakkan kehadiran maritim, seperti mana dilakukan dua negara itu pada 30 Jan.

Seah mencadangkan Asean menganjurkan latihan ketenteraan bersama tahunan, sebagai mana latihan solidariti Asean dilaksanakan pada September lalu demi mewujudkan kepercayaan antara negara anggota jika tercetus konflik di rantau ini.

“Walaupun China menjadi rakan dagang terbesar Asean, ia juga punca besar kepada ketidaktenteraman Asean,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo