NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu stoking kalimah Allah: Peguam jelaskan kesalahan KK Mart di sisi undang-undang

Foto: Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor.
  • Kesalahan dilakukan KK Mart berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu kedai serbanekanya memenuhi elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
  • Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor berkata sekiranya bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang, maka dalam isu ini jelas kesalahan itu adalah KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah di mana perkataan itu diagungkan masyarakat Islam, namun ia diletakkan di stoking yang digunakan di kaki.
  • “Elemen (di bawah seksyen) 298 (kanun keseksaan) dia kata, “barang siapa dengan sengaja berniat…” dalam kes KK Mart ini macam mana dia nak kata stoking itu dia tak pasti? Dia tak perasan? 
  • “Sebab barang ‘consignment’ ada SOP dia sebelum naik atas rak (di kedai), jadi pada saya niat itu ada.
  • “‘..Hendak melukakan perasaan agama mana-mana orang”, orang Islam menganggap bahawa perkataan Allah itu sangat mulia sangat agung jadi bila dia melukakan perasaan dengan meletakkan (tulisan Allah) dekat stoking, itu sudah memenuhi elemen dan kemudian dengan tujuan untuk menyebabkan melukakan hati itu maka itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertanyaan Ping Sieu berkenaan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

KUALA LUMPUR — Kesalahan dilakukan KK Mart berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu kedai serbanekanya memenuhi elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor berkata sekiranya bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang, maka dalam isu ini jelas kesalahan itu adalah KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah di mana perkataan itu diagungkan masyarakat Islam, namun ia diletakkan di stoking yang digunakan di kaki.

Nor Zabetha berkata situasi itu jelas perbuatan menyinggung perasaan penganut agama Islam, maka beliau menyokong sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap KK Mart.

“Elemen (di bawah seksyen) 298 (kanun keseksaan) dia kata, “barang siapa dengan sengaja berniat…” dalam kes KK Mart ini macam mana dia nak kata stoking (ada tulisan Allah) itu dia tak pasti? Dia tak perasan? 

“Sebab barang ‘consignment’ ada SOP dia sebelum naik atas rak (di kedai), jadi pada saya niat itu ada.

“‘..Hendak melukakan perasaan agama mana-mana orang”, orang Islam menganggap bahawa perkataan Allah itu sangat mulia sangat agung jadi bila dia melukakan perasaan dengan meletakkan (tulisan Allah) dekat stoking, itu sudah memenuhi elemen dan kemudian dengan tujuan untuk menyebabkan melukakan hati itu maka itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertanyaan Ping Sieu berkenaan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

Ping Sieu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dalam Parlimen yang berkata KK Mart dan vendornya boleh disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bekas Naib Presiden MCA itu berpendapat Seksyen 233 tidak dapat membuktikan kes, manakala kejahilan atau kecuaian juga tidak boleh didakwa di bawah Seksyen 298A.

Mengulas lanjut, Nor Zabetha tidak dapat menafikan dalam isu KK Mart tersebut, ia tidak memenuhi elemen kesalahan di bawah Seksyen 233 kerana ia lebih kepada kesalahan dalam memuat naik sesuatu yang sumbang dan jelik di internet.

“Kalau dalam 298 ini saya rasa mungkin lebih tepat berbanding 298A (kerana) dia ada satu elemen lagi iaitu apabila dia buat perbuatan tersebut itu ia akan menyebabkan perbalahan, orang bergaduh so mungkin dari perspektif undang-undang yang bekas MCA (Ping Sieu) ini tengah tengok adalah berkaitan undang-undang yang mana.

“Sebab any how kalau dia tidak setuju ke (siasatan dijalankan), dia setuju sekalipun misalnya, yang pertama biar sahaja pihak berkuasa buat siasatan.

“Siasatan pihak polis kadang-kadang mula-mula di siasat di bawah satu seksyen tiba-tiba bila dia dah siasat-siasat, dia tengok kesalahan ini lebih tepat dekat elemen seksyen lain. 

“Contoh kata nak buka 298A, bila tengok balik elemennya pada 298 kanun keseksaan, maka dia akan buka pertuduhan 298 sebab apa saja menteri itu (Shamsul Anuar) kata, “298A, 233 Akta Komunikasi”, itu hanya kenyataan awal, yang menyiasat pihak polis,” kata pengamal undang-undang itu. 

Sumber | The Merdeka Times


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo