NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu sekolah vernakular: Gesaan Teresa Kok supaya PDRM siasat Kok Seong adalah salah – Peguam



  • Tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkaitan kenyataan beliau tentang kaitan sekolah vernakular Cina dengan keretakan perpaduan di negara ini adalah salah.
  • Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata tidak adil dan tidak betul untuk mana-mana pihak, terutama ahli politik mengatakan mana-mana perbincangan ilmiah dan kenyataan berpandukan kajian fakta berkaitan tergolong di bawah isu 3R (institusi Diraja, agama, bangsa).
  • “Justeru untuk Teresa Kok mencabar pihak PDRM menyiasat Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, atas gesaan beliau pun adalah salah dan tidak berpandukan undang-undang, semata-mata kerana Prof Teo berpendapat melalui penemuan beliau bahawa sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mempunyai ciri-ciri yang menyemai benih perkauman. 
  • “Itu adalah pendapat beliau (Kok Seong), pendapat seorang dalam bidang pengajian. Tidak boleh dihalang untuk beliau atau sesiapa sahaja memberi pandangan ilmiah,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Selasa.
  • Beliau mengulas berhubung video diterbitkan media tempatan bertajuk, ‘Kenapa polis tak siasat kenyataan rasis Teo Kok Seong?’-Teresa Kok” memetik ucapan Ahli Parlimen Seputeh itu, antara lain menggesa PDRM menyiasat kenyataan Kok Seong berhubung kaitan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan memupuk “benih perkauman”.
  • “Teresa Kok tidak boleh terlampau defensivesemata-mata kerana beliau mempunyai keturunan Cina, tidak bermakna perlu membela hak sekolah vernakular sekiranya ada asas untuk mengatakan sekolah vernakular menjarakkan, menjauhkan, meretakkan perpaduan,” kata peguam kanan itu.

KUALA LUMPUR —  Tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkaitan kenyataan beliau tentang kaitan sekolah vernakular Cina dengan keretakan perpaduan di negara ini adalah salah.

Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata tidak adil dan tidak betul untuk mana-mana pihak, terutama ahli politik mengatakan mana-mana perbincangan ilmiah dan kenyataan berpandukan kajian fakta berkaitan tergolong di bawah isu 3R (institusi Diraja, agama, bangsa).

Katanya, ini kerana sebarang perbincangan isu berkaitan raja, agama dan bangsa bukan automatik dihalang di bawah Akta Hasutan, selagi mana ia berpandukan fakta ilmiah atau untuk memberi cadangan secara konsep perundangan berhubung mana-mana polisi. 

“Mana-mana perbincangan berkaitan 3R dan dalam isu dibangkitkan Teresa Kok ini, berkaitan bangsa, tidak secara automatik dihalang di bawah akta hasutan atau undang-undang Malaysia selagi ia dibangkitkan berpandukan fakta ilmiah mahupun untuk memberi cadangan secara konsep perundangan berkaitan mana-mana polisi. 

“Justeru untuk Teresa Kok mencabar pihak PDRM menyiasat Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, atas gesaan beliau pun adalah salah dan tidak berpandukan undang-undang, semata-mata kerana Prof Teo berpendapat melalui penemuan beliau bahawa sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mempunyai ciri-ciri yang menyemai benih perkauman. 

“Itu adalah pendapat beliau (Kok Seong), pendapat seorang dalam bidang pengajian. Tidak boleh dihalang untuk beliau atau sesiapa sahaja memberi pandangan ilmiah,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Selasa.

Beliau mengulas berhubung video diterbitkan media tempatan bertajuk, ‘Kenapa polis tak siasat kenyataan rasis Teo Kok Seong?’-Teresa Kok” yang memetik ucapan Ahli Parlimen Seputeh itu, antara lain menggesa PDRM menyiasat kenyataan Kok Seong berhubung kaitan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan memupuk “benih perkauman”.

Mengulas lanjut, Haniff berkata pandangan Kok Seong dan mana-mana pakar lain berhubung isu bahasa pengantar di sekolah dan kaitan dengan penanaman benih perkauman adalah wajar untuk dibangkitkan.

Beliau berkata ini kerana pandangan itu untuk disampaikan kepada kerajaan atau pihak penggubal undang-undang iaitu Parlimen supaya mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin negara dengan merujuk dan meneliti polisi sedia ada sama ada ia ingin diubah ataupun tidak.

“Teresa Kok tidak boleh terlampau defensive semata-mata kerana beliau mempunyai keturunan Cina, tidak bermakna perlu membela hak sekolah vernakular sekiranya ada asas untuk mengatakan sekolah vernakular menjarakkan, menjauhkan, meretakkan perpaduan. 

“Biarlah pakar mengkaji, biarlah pakar memberi pendapat sebagai seorang yang dididik di sekolah vernakular Cina tidak bermaksud Teresa Kok adalah pakar dalam bidang itu.

“Sewajibnya beliau tidak buat kenyataan yang mendesak secara licik untuk pihak polis menyiasat seorang dalam bidangnya untuk memberi pendapat,” kata Haniff. 

Beliau berharap semua pihak yang matang dan dianggap matang, terutama pihak politik, tidak secara salah mengatakan sesuatu perkara itu sebagai 3R, walhal ia bukan 3R, tapi isu ilmiah, polisi, telitian dan kajian.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Kok Seong menafikan dakwaan Teresa Kok bahawa beliau adalah rasis dan membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina memandang rendah kepada bangsa Melayu.

Kok Seong berkata apa dikatakan beliau sebelum ini berhubung bangsa Cina adalah hakikat sebenar yang seharusnya masyarakat tahu supaya masalah timbul hari ini dapat difahami dan diselesaikan.

Beliau turut mengakui mempunyai segala bukti seperti apa yang dinyatakan berhubung isu tersebut.

Malah, laporan polis juga telah dibuat pada tahun lalu berkaitan satu kumpulan sembang atau group WhatsApp masyarakat Cina yang didakwa menghina bangsa Melayu. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo