- Masyarakat Islam digesa memboikot kedai serbaneka yang secara terbuka menjual arak atau minuman keras di negara ini kerana ia ‘ibu’ kepada segala masalah.
- Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz berkata antara perkara mungkar berlaku secara terang-terangan di negara ini adalah penjualan arak secara terbuka di kedai serbaneka disebabkan kelemahan polisi dan penguatkuasaan.
- “Kalau kita kata nak boikot KK Mart kerana tindakan dia biadab dengan kalimah Allah kita setuju, tapi yang lebih penting kita kena boikot premis yang menjual arak secara terbuka yang ‘mengalihkan’ pekerja Muslim ini, masyarakat dengan bahaya arak.
- “Ini lebih penting kita memboikot supaya mereka lebih menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia… jadi saya harap kalau boleh kita gerakkan kempen ini supaya masyarakat kita bebas arak dan hak pekerja-pekerja Muslim akan dijaga.
- “…Isu arak lagi serius berganda-ganda sebab dia ada nas, hadis yang jelas lepas tu impak dia itu, orang beli arak, mabuk, boleh buat macam-macam dan benda ini accessible even kalau budak-budak muda kita (Muslim) ini yang berumur 18 tahun nak beli arak pun boleh secara terbuka dan kita kata itu macam satu galakan untuk beli secara terbuka,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan hantarannya di Facebook baru-baru ini yang menyarankan kedai serbaneka jual arak untuk diboikot dan berhubung gesaan beberapa pihak supaya KK Mart diboikot susulan isu penjualan stoking kalimah Allah.
KUALA LUMPUR – Masyarakat Islam digesa memboikot kedai serbaneka yang secara terbuka menjual arak atau minuman keras di negara ini kerana ia ‘ibu’ kepada segala masalah.
Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz berkata antara perkara mungkar berlaku secara terang-terangan di negara ini adalah penjualan arak secara terbuka di kedai serbaneka disebabkan kelemahan polisi dan penguatkuasaan.
“Kalau kita kata nak boikot KK Mart kerana tindakan dia biadab dengan kalimah Allah kita setuju, tapi yang lebih penting kita kena boikot premis yang menjual arak secara terbuka yang ‘mengalihkan’ pekerja Muslim ini, masyarakat dengan bahaya arak.
“Ini lebih penting kita memboikot supaya mereka lebih menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia… jadi saya harap kalau boleh kita gerakkan kempen ini supaya masyarakat kita bebas arak dan hak pekerja-pekerja Muslim akan dijaga.
“…Isu arak lagi serius berganda-ganda sebab dia ada nas, hadis yang jelas lepas tu impak dia itu, orang beli arak, mabuk, boleh buat macam-macam dan benda ini accessible even kalau budak-budak muda kita (Muslim) ini yang berumur 18 tahun nak beli arak pun boleh secara terbuka dan kita kata itu macam satu galakan untuk beli secara terbuka,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan hantarannya di Facebook baru-baru ini yang menyarankan kedai serbaneka jual arak untuk diboikot dan berhubung gesaan beberapa pihak supaya KK Mart diboikot susulan isu penjualan stoking kalimah Allah.
Abdullah Bukhari berkata tujuan gesaan boikot dibuat adalah untuk menyelamatkan pekerja Muslim daripada terpalit dosa terlibat dengan arak selain menyelamatkan komuniti setempat kerana kelompok meminum arak hanya sebilangan sahaja, sedangkan arak ibu segala masalah.
Beliau berkata perkara itu jika dibiarkan tanpa sebarang teguran akan terus berleluasa, maka dengan tindakan boikot akan membuatkan pengusaha kedai ‘terasa’ dan berhenti jual arak.
Berkongsikan pengalamannya sebelum ini apabila ada kedai serbaneka ingin dibuka di Bandar Baru Selayang Fasa 2B, katanya pihak rukun tetangga dan surau di kawasan itu menemui tauke kedai terbabit dan memberi amaran untuk tidak menjual arak atau mereka akan mengisytiharkan boikot ke atas kedai tersebut.
Menurutnya, amaran diberikan itu berkesan apabila premis berkenaan tidak menjual arak dan tetap berkembang maju dengan kehadiran pelanggan di mana semua itu berlaku kerana ada keyakinan daripada pihak peniaga.
“(Penguatkuasa kena) Keluarkan arahan Muslim tidak dibenarkan bekerja dan pengusaha premis itu dia tidak boleh jual (arak)… Bila ada arahan sebegitu sudah pasti nak dapat lesen untuk buka (kedai) dia kena compare dengan syarat PBT kalau dah keluar lesen siap-siap, “ok, awak buka Speedmart, Family Mart ke apa semua itu, antara polisi yang disebut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini dia kata jangan jual arak”.
“Kalau sekian PBT tetapkan benda itu lepas itu ada penguatkuasaan dan pemantauan, Insyaallah tak ada lah (kedai serbaneka jual arak)… Maksudnya benda ini perlu usaha menyeluruh holistik melibatkan melibatkan semua pihak, of course PBT, politician ataupun pemimpin buat polisi.
“Yang kedua pengusaha perlu sensitif dan yang ketiga, pekerja Muslim pun kena sensitif.
“Kalau sekiranya langkah-langkah pertama, kedua, ketiga macam tak berkesan kita sebagai pengguna, pembeli kita memilih jalan boikot bersasar, boikot secara khusus mana-mana kedai serbaneka yang jual arak itu,” kata Abdullah Bukhari.
Mengulas lanjut, agamawan itu berkata terdapat beberapa langkah boleh dilakukan dalam kempen terbabit iaitu pertama, mengenal pasti terlebih dahulu premis perniagaan awam menjual arak secara terbuka dan pihak pimpinan tempatan seperti Rukun Tetangga atau masjid perlu menegur pemilik premis berkenaan.
“Jika pemilik premis mahu menjual arak untuk golongan bukan Islam sahaja, mereka mesti menyediakan kaunter jualan berasingan yang tidak diuruskan oleh pekerja Muslim.
“Pemilik premis juga perlu menyediakan dokumentasi dan SOP khusus yang boleh diaudit dengan mudah bagi membuktikan pekerja Muslim tidak boleh terlibat dengan semua urusan arak seperti pemunggahan, penyimpanan stok, pelabelan harga dan sebagainya,” katanya.
Abdullah Bukhari berkata jika pemilik premis berkeras mahu menjual minuman keras dan tidak mempedulikan saranan pimpinan tempatan, maka proses boikot boleh dilakukan secara agresif dan pekerja Muslim juga disarankan menukar kerja.
“Sudah sampai masanya umat Islam menggerakkan kuasa mereka sebagai “umat” atau kumpulan khas mencegah kemungkaran yang berlaku di tempat mereka,” katanya. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment