NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu pancing MP hangat Dewan Rakyat




MINGGU 
lepas diuar-uarkan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan membentangkan usul bagi menggantung seorang ahli parlimen. Ia seperti diagenda lebih awal.

Perkara itu tertera dalam agenda mesyuarat hari tersebut. Isu terbabit juga dikesan pihak media. Usul itu bertujuan menggantung Ahli Parlimen (MP) Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

Disebut juga akan digantung kehadiran selama 6 bulan. Tentunya ramai bertanya apa kesalahannya. Sebelum itu ahli parlimen terbabit dilapor mendakwa perdana menteri seorang pemimpin korup.

Kisah itu cukup menarik. Ternyata MP Tasek Gelugur benar-benar berani. Wan Saiful mendakwa beliau dipancing bagi menyokong PMX.

“Mereka hubungi saya melalui telefon, akhirnya saya ambil keputusan tak apalah, jom kita jumpa. Pertemuan pertama pada 17 Januari 2024 di The Westin Bukit Bintang.

“Kemudian pindah di JW Mariot. Selepas itu saya diam, sebab salah seorang yang bertemu itu kawan saya. Sehingga pada istiadat pembukaan Parlimen, saya didekati lagi,” dedah Wan Saiful.

Pendedahan Wan Saiful cuba disekat MP Pakatan Harapan (PH). Mereka bangun dengan mengangkat Peraturan Dewan. Paling bersungguh cuba menghalang Wan Saiful bersuara MP Jelutong. 

Isu tersebut sebenarnya tidak pelik. Sebelum ‘drama politik’ menimpa Wan Saiful jerat sudah mengena enam MP Bersatu. Akhirnya mereka kalah dan membuat ikrar menyokong PMX.

Sesiapa yang mengikuti siaran langsung hujah Wan Saiful terkejut. Dewan Rakyat menjadi tegang seketika. Akhirnya pengerusi mesyuarat mendesak Wan Saiful mohon maaf kepada PMX dan Yang di-Pertuan Agong.

Ahli parlimen terbabit berjiwa besar dan akur. Tidak terhenti isu pancing memancing di situ. Wan Saiful juga mendakwa ada dihubungi SPRM.

Sekali lagi MP PH kepanasan. Mereka mendakwa Wan Saiful berbohong lagi.

Namun, andaian MP PH meleset. Terjah mereka memalukan diri sendiri.

Akhirnya pada kenyataan media, SPRM memberitahu ada menghubungi Wan Saiful. Laporan media Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menyebut MP Tasek Gelugor diberi tempoh sehingga 10 Mac untuk tampil ke SPRM berkaitan pendedahan di parlimen.

Siapa bohong

Siapa sebenarnya yang berbohong. Wan Saiful kelihatan lebih jujur. Pendedahan beraninya sukar ditepis.

Lebih mengejut lagi Wan Saiful mendakwa dia ditawar habuan termasuk peruntukan RM1.7 juta sekiranya sokong PMX. Dan pertuduhan rasuah ke atasnya akan digugur.

Orang ramai yang mengikuti hujah Wan Saiful di Dewan Rakyat faham sangat. Maklumat itu tiada di media arus perdana atau media kerajaan.

Nampaknya mereka yang mengkritik kerajaan perlu bersedia menerima risiko. Akhbar Harakah juga menjadi mangsa. Gara-gara tersilap meletak bendera Yahudi Israel di belakang foto pemimpin utama kerajaan, pada hari sama kad perakuan media digantung.

Jabatan Penerangan bertindak segera. Seperti tidak bertangguh biarpun sesaat. Sehingga sekarang kad perakuan media tidak dipulang kepada karyawan Harakah.

Tindakan seumpama itu tidak pernah berlaku pada era PM sebelum ini.

Biarpun Harakah pernah dikurangkan penerbitan dua kali sebulan pada tahun 2000, namun kad perakuan media wartawan tidak diusik.

Sekat maklumat

Apa yang berlaku itu seperti ada persamaan dengan laporan Reuters Disember lepas. Agensi berita antarabangsa terbabit melaporkan pengendali Facebook dan TikTok sekat record number posts media sosial di Malaysia.

Sekitar Januari dan Jun 2023, Meta disebut menyekat 3,100 pages dan posts di Facebook dan Instagram di Malaysia.

Jumlah sekatan itu merupakan tertinggi sejak syarikat tersebut mulai sekat konten di Malaysia bermula awal 2017.

TikTok pula melapor menerima 340 permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk buang atau sekat konten dalam tempoh Januari-Jun 2023.

Ia dikatakan membabitkan 890 paparan dan akaun. Sekatan itu dianggap tertinggi dalam masa enam bulan sejak syarikat tersebut mula melaporkan permintaan sekatan Malaysia bermula 2019.

Dan hari ini apabila pembangkang mendedahkan dihalang menyertai program NGO yang melibatkan pelajar sekolah, menteri sekadar menjawab perlu mengikut garis panduan.

MP Pendang Awang Hashim mendedahkan ada pihak menghalangnya hadir pada program anjuran NGO melibatkan pelajar di kawasan pantai.

Begitu juga cubaan MP Jelutong menghalang MP Temerloh, Salamiah Mohd Nor menyentuh isu sekolah vernakular, ia dianggap melanggar peraturan.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menyimpulkan MP Temerloh sekadar meminda penjelasan dan tidak melanggar peraturan.

Jelaslah apa yang berlaku sekarang mengulangi sejarah di era ketuanan Umno dan Barisan Nasional (BN). Ketika BN memiliki majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, pembangkang dipinggirkan.

Berbeza ketika era awal kerajaan PH pada 2018, peranan pembangkang dihargai. Begitu juga di era kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) pembangkang tidak dianak tiri.

Betullah seperti kata Dr Mohd Awang, sejak kerajaan BN kalah pada 2018, tidak begitu banyak lagi berita menggembirakan. – HARAKAHDAILY 13/3/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo