- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bidas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berhubung kenyataannya bahawa kad media bukan lesen untuk pengamal media menjalankan tugas.
- Ketua Penerangannya, Razali Idris berkata kenyataan Fahmi itu bukan sahaja seakan-akan satu penghinaan kepada pengamal media tetapi kenyataan yang kurang ajar.
- “Jangan bodohkan rakyat dan pengamal media mengenai fungsi kad media dibandingkan dengan lesen perubatan, peguam, arkitek atau jurutera.
- “Selama ini pun pengamal media telah maklum akan akreditasi kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan menerusi pendaftaran rasmi, tapisan dan kelulusan bagi membolehkan media bergerak bebas tanpa sekatan atas tujuan tugasan.
- “Persoalannya sekarang ialah ada ura-ura untuk mengetatkan peraturan bagi kelulusan kad media, memendekkan tempoh sah kad media, mengawal lambakan pengamal media yang bertugas dalam organisasi atas talian serta dilihat ada usaha-usaha menyekat kebebasan media sekarang,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
- Semalam, Fahmi dilaporkan mengatakan kad media dikeluarkan kepada wartawan bukan lesen diperlukan untuk wartawan menjalankan tugas, sebaliknya kad media dikeluarkan Jabatan Penerangan (JaPen) adalah semata-mata memudahkan wartawan mengakses dan menghadiri acara rasmi kerajaan.
KUALA LUMPUR — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membidas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berhubung kenyataannya bahawa kad media bukan lesen untuk pengamal media menjalankan tugas.
Ketua Penerangannya, Razali Idris berkata kenyataan Fahmi itu bukan sahaja seakan-akan satu penghinaan kepada pengamal media tetapi kenyataan yang kurang ajar.
“Jangan bodohkan rakyat dan pengamal media mengenai fungsi kad media dibandingkan dengan lesen perubatan, peguam, arkitek atau jurutera.
“Selama ini pun pengamal media telah maklum akan akreditasi kad media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan menerusi pendaftaran rasmi, tapisan dan kelulusan bagi membolehkan media bergerak bebas tanpa sekatan atas tujuan tugasan.
“Persoalannya sekarang ialah ada ura-ura untuk mengetatkan peraturan bagi kelulusan kad media, memendekkan tempoh sah kad media, mengawal lambakan pengamal media yang bertugas dalam organisasi atas talian serta dilihat ada usaha-usaha menyekat kebebasan media sekarang,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Razali mengingatkan Fahmi untuk menghormati profesionalisme media dan kewartawanan yang mempunyai institusi tersendiri.
“Ingat, pejuang kemerdekaan, pejuang bangsa dan pejuang wadah keilmuan adalah datangnya dari keringat yang tidak pernah kenal ERTI penat lelah iaitu wartawan dan pengamal media,” katanya.
Semalam, Fahmi dilaporkan mengatakan kad media dikeluarkan kepada wartawan bukan lesen diperlukan untuk wartawan menjalankan tugas, sebaliknya kad media dikeluarkan Jabatan Penerangan (JaPen)adalah semata-mata memudahkan wartawan mengakses dan menghadiri acara rasmi kerajaan.
Kenyataan itu susulan media melaporkan JaPen mengeluarkan kad media dengan tempoh sah yang jauh lebih pendek untuk beberapa wartawan media dalam talian dari pelbagai agensi berita.
Beberapa wartawan dalam talian menerima kad media yang hanya mempunyai tempoh sah enam bulan, manakala yang lain diberikan kad dengan tempoh sah selama setahun.
Ini jauh lebih pendek berbanding tempoh sah dua tahun standard untuk kad media yang dikeluarkan kepada media tempatan dan bercanggah dengan dasar dinyatakan di laman web Jabatan Penerangan.
Sementara itu, JaPen memaklumkan ia sedang menyelaras SOP kad perakuan media (KPM) JaPen, termasuk berkaitan tempoh sah laku kad berkenaan.
JaPen dalam kenyataan berkata walaupun proses penyelarasan itu akan mengambil sedikit masa, pengamal media masih boleh memperbaharui kad perakuan media mereka yang telah tamat tempoh. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment