NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Cina pandang rendah Melayu: ‘Kenyataan Kok Seong adalah realiti dan fakta’ – Aktivis India



  • Seorang aktivis berbangsa India menyangkal tuduhan bahawa Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong bersifat rasis kerana mengatakan masyarakat Cina memandang rendah kepada Melayu hinggakan mereka enggan berintegrasi dan mempelajari bahasa Melayu.
  • Krishna Krish berkata semua yang dikatakan Kok Seong itu adalah realiti, fakta dan hasil kajian beliau yang dilakukan bertahun-tahun.
  • Katanya, beliau sendiri sebagai aktivis dan anak muda yang bergaul dengan masyarakat Cina berdepan sendiri realiti dikongsikan Kok Seong di mana itulah mentaliti kelompok bukan Melayu.
  • “Jadi apa saya boleh katakan perpaduan kita atau semangat masyarakat bukan Melayu iaitu Cina dan India terhadap bahasa Melayu mahupun budaya tempatan adalah sangat-sangat rendah dan kian lama ia makin kian pudar dan kian teruk.
  • “Kita kena buat sesuatu untuk pastikan ia tidak menjadi lagi teruk dan ia secara tidak langsungnya menjadi punca kepada insiden 13 Mei yang satu lagi,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Khamis.
  • Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dan didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

KUALA LUMPUR — Seorang aktivis berbangsa India menyangkal tuduhan bahawa Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong bersifat rasis kerana mengatakan masyarakat Cina memandang rendah kepada Melayu hinggakan mereka enggan berintegrasi dan mempelajari bahasa Melayu.

Krishna Krish berkata semua yang dikatakan Kok Seong itu adalah realiti, fakta dan hasil kajian beliau yang dilakukan bertahun-tahun.

Katanya, beliau sendiri sebagai aktivis dan anak muda yang bergaul dengan masyarakat Cina berdepan sendiri realiti dikongsikan Kok Seong di mana itulah mentaliti kelompok bukan Melayu.

“Jadi apa saya boleh katakan perpaduan kita atau semangat masyarakat bukan Melayu iaitu Cina dan India terhadap bahasa Melayu mahupun budaya tempatan adalah sangat-sangat rendah dan kian lama ia makin kian pudar dan kian teruk.

“Kita kena buat sesuatu untuk pastikan ia tidak menjadi lagi teruk dan ia secara tidak langsungnya menjadi punca kepada insiden 13 Mei yang satu lagi,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dan didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya yang menyebabkan mereka enggan mempelajari bahasa Melayu dan berintegrasi dalam masyarakat Melayu.

Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

Beliau juga tidak menafikan bahawa sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum.

Menafikan kenyataan itu, Teresa Kok menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap Kok Seong yang disifatkannya sebagai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Mengulas lanjut, Krishna berkata antara punca sebahagian ahli politik, termasuk Teresa Kok dan masyarakat India melihat pandangan Kok Seong itu sebagai rasis adalah kerana mereka sendiri tidak dapat menerima kenyataan hakikat masyarakat mereka tidak boleh berbahasa Melayu.

Beliau berkata situasi itu adalah realiti dan ahli politik seperti Teresa Kok tidak dapat menerima kenyataan tersebut disamping memikul ‘tanggungjawab’ mempertahankan pemikiran sebegitu demi  mendapatkan sokongan berterusan kaum mereka.

“Saya lihat bukan sahaja YB Teresa tapi sebahagian orang ini, mereka adalah kesinambungan generasi dahulu yang memangnya kurang kesedaran, kurang menekankan kepentingan ataupun integrasi ataupun kepentingan asimilasi dengan tradisi budaya yang sedia ada. 

“Dan kita bayangkan ada kelompongan yang belum diisi yang belum diselesaikan (dahulu) jadi ia terus sambung ke generasi seterusnya,” katanya.

Krishna berkata keretakan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum berpunca daripada kita semua kurang mengenali dan diberikan pendedahan tentang antara satu sama lain, termasuk berkenaan tradisi setiap kaum dan sejarah tanah air ini.

“(Punca lain) Kebanyakan dasar-dasar kerajaan (tentang perpaduan dan bahasa) dan juga pemimpin terdahulu yang mereka perkenalkan hanya mempunyai nilai aesthetic iaitu ia hanya cantik dilihat tapi pelaksanaanya semua ‘ke laut’ dalam bahasa kita.

“Yang kedua ialah sekolah vernakular, iaitu sama ada suka atau tidak kita memang kena terima realiti, sekolah vernakular ia memang menjarakkan hubungan antara anak-anak kita, generasi muda. 

“Sebab kalau kita lihat negara di Asia Tenggara, tidak kira Thailand, Singapura, Indonesia, ataupun Filipina, Myanmar, semuanya hanya mempunyai sekolah aliran yang sama… dekat situlah mereka boleh menghasilkan anak yang betul-betul sayangkan berbakti kepada tanahnya,” katanya.

Krishna berkata solusi bagi permasalahan ini adalah sebagaimana Kok Seong pernah nyatakan sebelum ini iaitu kesemua kelompok masyarakat hari ini perlu memikul tanggungjawab dan mempunyai mentaliti bahawa bahasa merupakan pengukuh bangsa dan penguat negara.

Katanya, apabila disentuh berkenaan perpaduan dan memartabatkan bahasa kebangsaan setiap daripada kita kena mulakan inisiatif sendiri, sekalipun berbeza ideologi politik atau kepentingan pastikan apabila berkaitan bahasa identiti negara semua masyarakat mengutamakan perkara itu.

“Kerajaan, pihak berkepentingan dan NGO juga saya mencadangkan untuk melebihkan program-program berbentuk atau yang menuju kepada perpaduan dan memartabatkan bahasa kebangsaan.

“…Kerajaan harus lebih serius terutama pemimpin-pemimpin Melayu, kita perlu mempunyai visi dan misi yang jelas, bagaimana aku nak memartabatkan bahasa kebangsaan, bagaimana nak menggunakan dasar-dasar yang lebih strategik,” kata aktivis berbangsa India itu. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo