NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Istilah Kafir & Pendekatan Progresif Apologetik Menteri Pendidikan

1. Kami, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang terdiri dari lebih 80 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan Gabungan PIBK ingin menyatakan pendirian kami berkenaan video tular berkenaan kenyataan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

2. Dalam video yang tular, Fadhlina menjelaskan bahawa beliau mendidik anak-anaknya di rumah supaya tidak menyebut perkataan kafir dan mengharamkan penggunaan kafir di kalangan anak-anaknya.

3. Sebagai Menteri Pendidikan yang diamanahkan oleh ibu bapa kepada lebih 93% pelajar Islam dari keseluruhan 4.9 juta* pelajar sistem Sekolah Kebangsaan, pendirian dan pendekatan Yang Berhormat Menteri Pendidikan, adalah sesuatu yang membimbangkan.

4. Ini bukanlah kali pertama Yang Berhormat Menteri Pendidikan membuat kenyataan dan bertindak dalam menavigasi pendidikan manusiawi dan pendidikan kedamaian di dalam kerangka sikap apologetik progresif tidak bertempat.

5. Kenyataaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah mendapat teguran dari Mufti, pakar akademik dan banyak pihak. Perkataan ‘kafir’ itu sendiri ialah istilah neutral dan merupakan sebahagian dari al Quran dan as Sunnah. 

6. Sehingga kenyataan ini dikeluarkan pagi** ini, Yang Berhormat Menteri Pendidikan masih belum mengeluarkan kenyataan mengakui kesilapan, bertaubat, membuat permohonan maaf, dan membuat kenyataan memperbetulkan pandangan dan pendirian beliau di dalam isu istilah ‘kafir’.

7. Apa yang lebih dikesalkan ialah kenyataan untuk menggunakan tekanan undang-undang bagi mendiamkan hak kebebasan bersuara rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan untuk menegur dan mengkritik kepimpinan negara. Ini boleh dilihat sebagai satu bentuk korupsi penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pemimpin. Tindakan ini mencemar nilai progresif kepimpinan Kerajaan Madani yang selama ini memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

8. Sebagai Menteri Pendidikan yang mana lebih 4.6 juta pelajar Islam berada di bawah tanggungjawabnya, adalah wajar untuk para guru dan ibubapa merasakan resah dengan keberadaan Yang Berhormat Fadhlina Sidek terus kekal sebagai Menteri Pendidikan.

9. Sudah sampai masa yang kritikal untuk semua struktur utama kepimpinan negara, menilai semula kedudukan Yang Berhormat Fadhlina Sidek untuk tidak lagi dibenarkan menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Aswanizam Bin Alias
Setiausaha Agung Pembela

Sumber | FB

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo