KOTA SAMARAHAN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri susulan insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di Kuantan pada 5 pagi tadi.
Beliau berkata, sebaliknya orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.
“Kita akan bertindak terhadap orang yang melakukan tindakan (lempar bola api itu) terutama yang melibatkan keganasan.
“Negara ini negara aman. Jangan guna isu kaum atau agama untuk memporak-perandakan (negara). Saya juga telah beritahu pihak polis supaya tidak bertolak ansur sama sekali dalam perkara ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Sarawak 2024.
Insiden di KK Mart Sungai Isap telah menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu.
Sebelum ini cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak turut mengalami nasib serupa.
Hari ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis akan mengerah seluruh kekuatan bagi mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam di Malaysia susulan insiden tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di Sarawak, perdana menteri berkata segala isu berbangkit boleh dibincang dengan baik.
“Pendaftaran Padu di Sarawak baik, perbincangan juga baik. Terdapat beberapa kebimbangan yang kita terima dan kita akan tangani dengan baik, semua isu boleh dibincangkan dengan baik,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment