NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ini realiti bukan alasan, pekebun sayur selar bos Mydin

Persatuan Pekebun Sayur Pulau Pinang berkata isu kekurangan pekerja dalam industri pertanian ialah realiti perlu dihadapi pekebun sayur malah impaknya turut dirasakan rakyat.


PETALING JAYA: Persatuan pekebun sayur menyelar Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin yang meminta industri itu tidak menjadikan kekurangan pekerja asing sebagai alasan mewajarkan kenaikan harga.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pekebun Sayur Pulau Pinang, Ibrahim Roslan, berkata isu kekurangan pekerja dalam industri pertanian ialah realiti perlu dihadapi pekebun, bukannya alasan malah impaknya turut dirasakan rakyat.

“Kami tak boleh terima (kenyataan Ameer), kekurangan pekerja memang beri impak buruk, bukan pekebun sahaja tetapi seluruh rakyat akan menanggung (akibatnya). Apabila bekalan kurang, harga akan naik,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, pengarah urusan rantaian pasar raya besar itu meminta pekebun sayur “berhenti memberi alasan” bagi mewajarkan kenaikan harga susulan amaran pengeluaran mungkin merosot 40%, menyebabkan kenaikan harga pasaran dan krisis buruh.

Ibrahim bagaimanapun berkata, bukan sekadar kekurangan pekerja, perubahan cuaca dan bekalan biji benih juga menjadi antara penyebab pengeluaran sayur-sayuran merosot.

“Bila harga naik, salahkan petani, (sedangkan) kita bergantung kepada faktor cuaca, pada biji benih. Kalau tak jadi (tanaman), memang tak boleh buat apalah, pasaran tiada barang,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan 31 Mac sebagai tarikh akhir pengambilan pekerja asing bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0.

Seramai 20,970 pekerja asing diluluskan bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing setakat 18 Mac 2023.

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur-sayuran Malaysia, Lim Ser Kwe, berkata kebanyakan pekerja asing akan bercuti untuk pulang beraya pada Ramadan dan Syawal, namun bukan semua akan kembali ke Malaysia selepas itu.

Katanya, perkara itu menjadi masalah apabila kerajaan menutup pengambilan pekerja asing.

“Kalau tarikh 31 Mac itu tamat, contoh kita ada (kuota) 30% tapi hanya 10% pulang ke Malaysia, (kemudian) kuota tutup, tak boleh masuk pekerja lagi.

“Nak mohon semula (kuota), kena tunggu satu tahun lagi, dan (proses) mohon kuota itu bukannya senang,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo