NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inflasi meningkat 1.8% bulan lepas

Peningkatan inflasi negara bulan didorong antaranya oleh peningkatan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7%) dan pengangkutan (1.2%), menurut DOSM. 


KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia meningkat 1.8% pada Februari 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.1 berbanding 129.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi itu didorong oleh peningkatan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7%); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.6%) dan pengangkutan (1.2%).

“Bagaimanapun, antara kumpulan utama yang merekodkan peningkatan lebih perlahan (termasuk) restoran dan perkhidmatan penginapan (2.9%), kesihatan (2.2%), makanan dan minuman (1.9%) dan pendidikan (1.5%),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8% daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatat peningkatan lebih rendah, iaitu 1.9% pada Februari 2024 (Januari 2024: 2.0%).

Katanya, inflasi bulanan terus meningkat 0.5% (Januari 2024: 0.2%) dengan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, masing-masing meningkat 1.3%, 0.6% dan 0.4%.

Inflasi teras meningkat pada kadar sama seperti Januari 2024 sebanyak 1.8% berikutan peningkatan dalam kumpulan makanan dan minuman, restoran dan perkhidmatan penginapan yang masing-masing meningkat 3.1% dan 2.9% pada Februari.

Kadar Inflasi Malaysia 1.8% adalah lebih rendah berbanding Vietnam (4.0%), Filipina (3.4%), Amerika Syarikat (3.2%), Korea (3.1%) dan Indonesia (2.8%).

Bagaimanapun, kadar itu lebih tinggi berbanding China (0.7%) dan Thailand (-0.8%).


Sumber |  FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo