NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hebat punca PASTI dicemburui lagi



TIBA-tiba isu berkaitan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) muncul lagi. Mengapa institusi pendidikan prasekolah itu benar-benar dicemburui. Agendanya lebih kurang sama seperti berlaku era kerajaan Barisan Nasional (BN).

Berpuluh tahun dahulu ada pihak mendakwa kononnya pusat pendidikan milik PAS mengajar pelajar lawan kerajaan. Maka disekat bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat (SAR), kebanyakannya dimiliki aktivis PAS. Akhirnya banyak SAR milik persendirian ditutup.

Maka berjayalah kerajaan sehingga ada sekolah agama rakyat ditutup. Pendidikan agama terus dianaktirikan.

Taktik hampir serupa pernah dilaksanakan penjajah British. Perkara itu didedah Mr Hampery. Dia dihantar ke Turkiye dan negara Arab bagi memecahbelahkan umat Islam.

Kisah itu terkandung dalam memo pengakuan Hampery. Memo tersebut diterjemahkan dalam Bahasa Arab pada 1973.

Hampery seorang perisik kementerian di London dihantar ke negara Islam. Tujuannya mengekalkan penguasaan British ke atas negara yang dijajah. Selain itu mengembang koloni Britain di lokasi yang belum dikuasai.

Perisik itu menyelinap masuk bagi memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Paling dahsyat dicatat misinya mengkafirkan umat Islam dan mengharuskan pembunuhan sesama mereka.

Barat bimbang kekuatan Islam selepas mereka kalah dalam peperangan salib pada zaman King Louis dan King Richard The Lion Heart of England. Kekalahan tentera Kristian di tangan pahlawan Islam diketuai Salahudin al Ayubi jadi punca.

Bermula dari situ umat Kristian berdendam dan nekad meruntuhkan akidah umat Islam. Maka tidak pelik setiap jenama Islam cuba dihalang. Ia berlarutan sehingga sekarang.

Kalau sebelum ini tuduhan sekolah milik PAS mengajar ajaran sesat, menghasut pelajar lawan kerajaan, namun versi baharu dicari alasan lebih munasabah.

Maka ditemui isu guru PASTI dibayar gaji tidak setimpal. Alasannya bercanggah kadar minimum ditetapkan kerajaan iaitu RM1,500 sebulan.

Kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana majikan termasuk ke atas parti politik.

Dan disebut pada kenyataan di parlimen baru-baru ini kerajaan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran hak pekerja.

“Pendirian kerajaan kekal dan komited dalam memperjuangkan nasib pekerja yang berhak ke atas gaji mereka dan ia bukan satu perkara yang boleh diambil mudah,” katanya.

Lebih elok sebelum premis milik PAS menjadi sasaran menteri dan pegawai kerajaan kena study dahulu. PASTI ditubuh di bawah seksyen mana. Jangan jadi sudah terhantuk baru tergadah.

PASTI merupakan sebahagian aktiviti PAS untuk anak-anak ahli dan penyokongnya. Ia tertera di bawah fasal 62 perlembagaan PASTI pindaan 2020.

Sukarelawan

PAS mampu berkembang kerana perjuangan aktivisnya. Boleh tengok pasukan berbaju merah yang berada di segenap pelosok negara. Anggota Jabatan Amal tidak pernah dibayar upah. Apakah Jabatan Buruh hendak siasat juga?

Ketua Pemuda PAS Malaysia Afnan Hamimi menjelaskan aktiviti PASTI diiktiraf di bawah peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen itu antara lain menyebut keputusan parti politik adalah muktamad dan konklusif dan itu punca kuasa yang diberi kepada PAS untuk menjalankan aktiviti PASTI.

Ramai bimbang agenda terbaharu kerajaan Madani boleh terperap begitu sahaja, mengulangi apa yang pernah berlaku di era BN.

Baru-baru ini viral memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mengarah siasatan berkanun terhadap PASTI, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) yang didakwa membayar gaji rendah kepada kakitangan.

Ada baik untuk berlaku adil kita belek sejarah penubuhan PASTI. Pusat pendidikan prasekolah itu pada peringkat awalnya diberi nama Tadika Islam beroperasi pada 1980.

Dewan Pemuda PAS Terengganu mewujudkan TASKI pada tahun 1985. Manakala di Kelantan dikenali sebagai Putra Islam, juga dikendalikan Dewan Pemuda PAS bermula tahun 1988.

Dan pada tahun 1988 diadakan penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan ahli-ahli PAS. Pada 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar ke-28 meluluskan usul pendidikan mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Bermula dari situ PASTI terus berkembang. Sekarang menjalar ke semua 14 negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Berdasar data 2022 terdapat 2,497 PASTI di seluruh negara.

Bilangan pelajar pula 125,065 orang dan guru 9,539. Pelajar terbabit berusia 4 hingga 6 tahun. Lebih menarik lagi ada ibu bapa bukan Islam juga menghantar anak ke PASTI.

Maka tidak pelik kecemerlangan PASTI dicemburui pelbagai pihak. Sehingga sekarang tiada parti lain yang memiliki institusi pendidikan seperti PAS. Tadika Kemas pun biarpun dekat dengan Umno, namun ia milik kerajaan.

Sepatutnya kerajaan perlu menghargai sumbangan PAS kerana melahirkan insan yang berjiwa Islam dan akhlak mulia. Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang disebut ramai sebagai Madani.

Hari ini kerajaan Madani boleh melakukan apa sahaja dengan sekumit kuasa diberi rakyat. Perlu ingat kuasa itu tidak kekal. Pengalaman telah menimpa Umno dan BN. Ia boleh berulang kepada sesiapa sahaja termasuk PH.

Jangan berlagak sombongan dengan kuasa yang dipinjam rakyat. PRU16 belum tentu PH bertakhta lagi di Putrajaya. – HARAKAHDAILY 23/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo