NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga naik di bazar Ramadan, pengunjung beli ikut keperluan

Bazar Ramadan Stadium Perak antara bazar terbesar menjadi pilihan warga Ipoh membeli juadah berbuka puasa. (Gambar kecil dari kiri: Salmah, Saliza, Fairuz Ridzuan, dan Mohd Amzari)



IPOH - Harga makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan daerah Ipoh menunjukkan sedikit peningkatan antara 20 sen hingga RM1 berbanding tahun lalu.

Walaupun ada peningkatan, tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai tetap berkunjung ke Bazar Ramadan Stadium Perak di sini untuk membeli juadah kegemaran mereka.

Pekerja kilang, Salmah Osman, 55, berkata, kenaikan itu dapat dilihat melibatkan juadah berlauk, kuih-muih dan minuman.

"Kenaikan itu bagaimanapun tidak ketara sangat, masih mampu dibeli. Kebanyakan yang naik lebih kepada lauk-pauk, minuman itu ada tetapi tidaklah banyak.

"Kuih pula ada naik kalau dahulu boleh dapat RM2 beberapa biji tetapi sekarang ada RM2.50 untuk tiga biji kuih. Ada juga yang mengekalkan harga tetapi kuantiti dikurangkan.

"Disebabkan itu, kami belanja sekadar yang mampu sahaja agar tidak membazir," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Bagi pengunjung, Saliza Salehhudin, 34, dia menyifatkan kenaikan harga itu sudah dijangka namun pengunjung masih boleh berbelanja mengikut kemampuan.

"Memanglah dapat dilihat ada kenaikan harga makanan terutama kuih hinggakan ada mencecah harga RM1.50 berbanding 70 sen sebelum ini.

"Kenaikan harga ini menyebabkan saya beli mengikut kemampuan," katanya.

Penjawat awam, Fairuz Ridzuan Badaruddin, 41, peningkatan harga makanan dapat dilihat apabila juadah kegemaran naik sehingga RM1.

"Walaupun beza setahun, menu pilihan setiap kali berkunjung ke bazar sudah naik daripada RM6 kepada RM7.

"Kenaikan itu boleh dijangka dengan keadaan semasa dan kita perlu bijak membeli agar tidak berlaku pembaziran," katanya.

Bagi peniaga cucur udang, Mohd Amzari Zamri, 40, dia memilih untuk mengekalkan harga juadah jualannya meskipun ada kenaikan harga barangan di pasaran.

"Melihat keadaan sekarang, kami memilih untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah itu dengan tidak menaikkan harga juadah kami. Harga cucur udang kami kekal RM8 untuk satu set.

"Sasaran kami agar jualan kami ini dapat memberi pusingan modal dan membayar gaji pekerja," katanya.


Sumber | Sinar Harian




 

 

 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo