Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) berkata, usul itu akan menjadi bukti kebersamaan semua Ahli Parlimen dalam isu Palestin tanpa mengira parti politik.
Tambah beliau, ia juga bagi menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa rakyat negara ini tidak bersetuju dengan kekejaman tersebut.
“Jika usul itu dibawa oleh kami di blok PN, harap diterima dan jika usul itu dibawa oleh pihak kerajaan, saya percaya rakan-rakan PN di sini bersedia untuk menyokong,” ujar beliau.
Beliau turut meminta penjelasan sekiranya kerajaan telah melakukan usaha untuk mengajak seluruh negara OIC dan wakil PBB agar gencatan senjata disegerakan sebelum menjelang Ramadan.
“Apakah usaha pihak kerajaan bagi menghantar bantuan makanan dan ubatan kepada penduduk Palestin selain daripada jalan darat, sama ada laluan laut atau udara seperti cadangan (Ahli Parlimen) Kapar sebelum ini dengan kerjasama negara lain?
“Adakah kerajaan Malaysia akan mengambil langkah yang sama seperti Afrika Selatan untuk mengheret Israel sebagai penjenayah perang ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa?” soalnya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut berkongsi kesedihan semasa menonton sebuah video yang memaparkan situasi seorang anak kecil Palestin yang menderita kerana peperangan.
“Saya ada melihat melalui media sosial di mana seorang kanak-kanak yang sebelum ini comel gebu, tetapi menjadi kurus dan cengkung akibat tiada makanan. Saya melihat video anak-anak yang ibu bapanya sudah tiada,” ujar beliau.
Tambah Razali, umat Islam di Malaysia hakikatnya berhutang dengan rakyat Palestin itu jika tidak berusaha semaksimum untuk membantu mereka.
“Apa jawapan kita di hadapan Allah nanti? Kita berdebat tentang kenaikan harga barang makanan, saudara kita di sana tiada bekalan makanan.
“Bulan Ramadan semakin hampir, lebih kurang seminggu lagi. Alangkah sedih dan pilu melihat mereka terus dibantai oleh rejim Israel bahkan ketika mereka beratur untuk mendapatkan barangan bantuan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 5/3/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment