NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Rakyat kecoh isu Kampung Baru Cina




KUALA LUMPUR
: Dewan Rakyat sekali lagi bertukar menjadi kecoh apabila wakil kerajaan tidak berpuas hati dengan Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang berucap pada sesi Perbahasan Titah Diraja, di sini hari ini.

Dr Ismail yang menyentuh isu cadangan pengiktirafan warisan dunia untuk Kampung Baru Cina telah menyebabkan antaranya RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36-9 (C).

“Tadi YB Maran telah membangkitkan isu Kampung Baru Cina dan pada masa yang sama telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkenaan dengan komunis. Apa kaitan perkampungan Cina dengan komunis?

“Timbalan Yang Dipertua, ini adalah perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan pesakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan antara satu kaum dengan kaum yang lain,” ujar Rayer.

Dr Ismail kemudiannya bangun memaklumkan bahawa beliau sendiri pernah terlibat dengan pembangunan Kampung Baru Cina bagi meneutralisasikan sesetengah kaum Cina pada ketika itu yang menyokong Komunis.

Jelas beliau, segala yang beliau sebutkan itu semuanya adalah fakta sejarah terhadap ‘Rancangan Briggs’ di mana menyebabkan wujudnya Kampung-kampung Baru Cina di seluruh negara.

“(Kampung Baru Cina dibuat) untuk elakkan orang Cina terpengaruh dengan komunis. Kampung baru Melayu pun ada yang terlibat dengan komunis,” ujar beliau yang berpengalaman.

Turut bangun mencelah Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) di mana beliau mencadangkan agar mereka yang tidak berpuas hati untuk menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Boleh buka Wikipedia. Apa yang disebut oleh Maran ialah fakta sejarah yang tercatat. Sila buka sejarah. Ini fakta sejarah penghujung tahun 1950 waktu darurat,” ujar beliau.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong Yieng kemudiannya membuat keputusan agar Dr Ismail menarik balik ucapannya yang terkait isu perkauman.

Dr Ismail kemudiannya menarik balik ucapannya yang menyentuh isu perkauman, namun bertegas tidak menarik balik segala fakta sejarah beliau ucapkan. – HARAKAHDAILY 5/3/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo