NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia kesal Petronas lantik syarikat bukan bumiputera bagi projek pemasangan solar di 300 stesen minyak



  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menyatakan kekesalannya terhadap Petronas yang melantik syarikat bukan bumiputera iaitu Solarvest Energy bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.
  • Jelas Presiden DPMM, lebih mengecewakan apabila DPMM difahamkan bahawa PETRONAS hanya memanggil tiga syarikat untuk membuat tawaran tersebut tanpa mengundang mana-mana syarikat bumiputera untuk turut serta.
  • Kos yang ditetapkan bagi setiap stesen minyak ini adalah kira kira RM1 juta bagi setiap satu projek yang menjadikan nilai keseluruhan projek ini sebanyak RM300 juta.
  • “Keputusan dan tindakan ini jelas menunjukkan bahawa sikap PETRONAS tidak ubah seperti menanam tebu di tepi bibir apabila mereka bersikap tidak acuh kepada syarikat bumiputera yang mempunyai keupayaan untuk menjalankan projek sebesar ini meskipun PETRONAS telah menaburkan komitmen mereka untuk terus konsisten memperjuangkan agenda bumiputera dengan melibatkan syarikat syarikat Bumiputera dalam sektor peralihan tenaga ini,” tegas Syahrin dalam kenyataan yang dikongsi dalam akaun Facebooknya.

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menyatakan kekesalannya terhadap Petronas yang melantik syarikat bukan bumiputera iaitu Solarvest Energy bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.

Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon mempersoalkan tindakan Petronas dengan mengatakan adakah tindakan tersebut adalah isyarat yang mahu dibawa Petronas walaupun komitmen telah dinyatakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya semasa Diskus Madani 3 pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) minggu lalu.

Jelas Syahrin, lebih mengecewakan apabila DPMM difahamkan bahawa PETRONAS hanya memanggil tiga syarikat untuk membuat tawaran tersebut tanpa mengundang mana-mana syarikat bumiputera untuk turut serta.

Malah kos yang ditetapkan bagi setiap stesen minyak ini adalah kira-kira RM1 juta bagi setiap satu projek yang menjadikan nilai keseluruhan projek ini sebanyak RM300 juta.

“Keputusan dan tindakan ini jelas menunjukkan bahawa sikap PETRONAS tidak ubah seperti menanam tebu di tepi bibir apabila mereka bersikap tidak acuh kepada syarikat bumiputera yang mempunyai keupayaan untuk menjalankan projek sebesar ini meskipun PETRONAS telah menaburkan komitmen mereka untuk terus konsisten memperjuangkan agenda bumiputera dengan melibatkan syarikat-syarikat Bumiputera dalam sektor peralihan tenaga ini,” tegas Syahrin dalam kenyataan yang dikongsi dalam akaun Facebooknya.

Tambah Syahrin, PETRONAS sebagai syarikat milik kerajaan sepenuhnya sepatutnya bersikap lebih wajar dalam mengangkat agenda Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi seperti dilaungkan mereka agar seiring dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan inisiatif pengeluaran serta peralihan tenaga dalam jangka waktu terdekat.

Malah menurut beliau, syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri ini bukanlah meminta untuk mengambil alih ke semua projek, tetapi sekurang-kurangnya PETRONAS perlulah bersikap lebih adil untuk turut melibatkan syarikat syarikat bumiputera daripada hanya memanggil 3 syarikat sahaja.

“Inilah masanya, kerajaan melalui PETRONAS sepatutnya memberikan peluang dan ruang kepada syarikat bumiputera yang mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam industri penjanaan tenaga suria untuk turut terlibat dalam projek ini,” kata Presiden DPMM itu.

Jelasnya dengan menidakkan peluang dan ruang kepada syarikat Bumiputera pada ketika ini adalah ibarat mengiakan sindiran sinis dan kecaman bahawa KEB hanya setakat bersidang namun hasilnya ibarat tin kosong dan sekadar retorik yang dibawa oleh kerajaan madani kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Petronas sendiri dibangunkan hasil daripada sokongan yang diberikan oleh modal insan bumiputera dan vendor Bumiputra selama ini.

Maka amat mengecewakan apabila terdapat segelintir warga PETRONAS yang gagal dan lalai untuk mengambil berat terhadap agenda memperkasa ekonomi bumiputera sekaligus mengesahkan KEB 2024 tidak lebih satu wayang retorik menurut beliau. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo