NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP terbuka sekiranya pemimpin Bersatu sertai PKR

Lim Guan Eng berkata, terpulang kepada PKR menolak atau menerima pemimpin Bersatu.


PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) tidak akan susut susulan laporan “pemimpin berprofil tinggi” meninggalkan Bersatu untuk menyertai PKR.

Beliau yakin penyokong PH lebih menumpukan kepada prestasi kerajaan dalam meningkatkan ekonomi.

“Sokongan kepada PH lebih bergantung terhadap prestasi ekonomi, (pelaksanaan) reform, kestabilan politik, dan juga memenuhi janji pilihan raya.

“Ini lebih penting berbanding siapa (daripada pembangkang) diterima masuk sebagai ahli,” katanya kepada pemberita.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kemasukan bekas pemimpin Bersatu dalam PKR akan menjejaskan sokongan kepada PH, yang DAP merupakan parti komponen.

Pada Rabu, Utusan Malaysia melaporkan, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata, individu berprofil tinggi daripada pembangkang, termasuk pemimpin dan bekas pemimpin, telah menghantar permohonan menyertai PKR.

Sebelum ini, FMT memetik sumber, sebagai berkata ratusan akar umbi Bersatu ingin menyertai PKR bagi pelbagai alasan, antaranya tidak mampu mengembangkan kerjaya politik mereka dalam parti berasaskan Melayu.

Lim berkata, terpulang kepada PKR sama ada untuk menerima pemimpin dan bekas pemimpin Bersatu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, menggesa PKR berhati-hati menerima pemimpin Bersatu, sambil menyuarakan parti mesti melindungi imej “bersih”.

Hassan berkata, penting bagi parti menjadi inklusif dan berwaspada. Katanya, PKR sepatutnya hanya menerima pemimpin dan ahli daripada parti lain jika mereka jujur dengan prinsip dan cita-cita parti komponen PH.

Bekas Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, bagaimanapun berkata parti perlu terbuka menerima ahli Bersatu dengan menyatakan ramai pada masa lalu dari parti lain masuk menyumbang secara signifikan kepada PKR.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, berkata parti mempunyai kaedah sendiri menapis “kuda Trojan” daripada menyertai parti. Katanya, hasil saringan ada permohonan ditangguhkan.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo