Kementerian Kewangan berkata, kerajaan giat berusaha mencapai keseimbangan untuk memperbaiki kedudukan fiskal dan pada masa sama tidak menambah beban rakyat. |
PETALING JAYA: Cukai barang bernilai tinggi (HVGT) yang dirancang dikuat kuasa 1 Mei belum dapat dilaksanakan memandangkan kerajaan perlu menjalankan libat urus dengan pihak berkepentingan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi memuktamadkan butiran HVGT, termasuk skop barangan dan nilai ambang berkaitan.
“Ini bagi memastikan keberkesanan HVGT tanpa menjejaskan ekonomi rakyat,” kata kementerian itu.
HVGT pada awalnya dirancang dibentang pada sidang Parlimen baru-baru ini bagi membolehkan pelaksanaan menjelang Mei.
HVGT, sebelum ini dikenali sebagai cukai barang mewah, pertama kali diumumkan dalam Bajet 2023 yang disemak semula yang dibentangkan pada Februari tahun lalu, dengan kadar cukai dijangka lingkungan 5% hingga 10%.
Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata kerajaan sedang giat berusaha untuk mencapai keseimbangan memperbaiki kedudukan fiskal negara dan pada masa sama tidak menambah beban rakyat.
“Reformasi fiskal juga akan memberi lebih banyak ruang kepada kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan perlindungan sosial.
“(Ini) dengan meningkatkan perbelanjaan untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam yang kritikal seperti pendidikan serta kesihatan,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment