AMPANG: Seorang pemimpin PAS meminta kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mencontohi Ismail Sabri Yaakob yang mentadbir Malaysia dengan tenang serta kurang kontroversi termasuk meraikan pembangkang.
Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera menjadi perdana menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahya berkata Ismail Sabri yang meneruskan pentadbiran Muhyiddin Yassin berdepan cabaran untuk memulihkan ekonomi pasca Covid-19 yang memerlukannya bekerjasama dengan pembangkang bagi menstabilkan negara.
“Saya kira sewaktu Ismail Sabri (menjadi PM) berjaya menjadikan Malaysia tenang dan meraikan pembangkang, malah kita jarang dengar isu seperti yang berlaku hari ini.
“Mungkin ada (kontroversi) tetapi tidak sampai ke peringkat jadi seperti tidak selesa dan huru-hara (seperti kini),” katanya dalam sesi ramah mesra bersama media anjuran Dewan Ulama PAS di sini, malam tadi.
Ketika pentadbirannya, Ismail Sabri menstabilkan politik dengan memulakan inisiatif perjanjian persefahaman (MoU) di antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan bertujuan mewujudkan kestabilan politik diperlukan untuk menangani pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara.
MoU mengenai transformasi dan kestabilan politik berkenaan merangkumi enam bidang utama dan ia ditandatangani pada September 2021 oleh Ismail Sabri dan beberapa pemimpin parti komponen PH termasuk Anwar Ibrahim yang ketika itu ketua pembangkang.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa kecelaruan pentadbiran Anwar ketika ini mungkin kerana beliau telah membuat pelbagai janji sebelum mengetuai Putrajaya.
“Ini faktor paling besar…terlalu banyak janji tetapi banyak janji tidak ditunaikan,” katanya memberikan contoh ketidakmampuan menguruskan bekalan beras tempatan, antara isu gagal ditangani secara baik oleh pentadbiran Anwar.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment