NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN Sabah sudah rangka Manifesto PRN17

FOTO: UMNO Sabah

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah awal untuk merangka manifesto dan aku janji baharu yang akan ditawarkan kepada rakyat negeri itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRU17).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata beliau menerima saranan kepemimpinan tertinggi BN dan UMNO untuk menyediakan tawaran baharu bagi mengembalikan sokongan rakyat Sabah kepada BN.

Berikutan itu, katanya, satu pasukan diketuai Setiausaha BN Sabah, Datuk Jafry Arifin bersama jawatankuasanya terdiri daripada beberapa pemimpin UMNO dan parti kompenan BN Sabah akan meneliti dan merangka manifesto yang padat, jelas dan mampu ditunaikan.

“Fokus kita ialah memperbaiki negeri dari segi keperluan pembangunan insfrastruktur asas yang masih kritikal dan memperkasakan ekonomi selain mahu memulihkan kadar pengangguran pada tahap yang rendah.

“Kita juga akan menyediakan tawaran kepada pengundi muda yang akan mempengaruhi pola pengundian pada PRN kali ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi BN Sabah, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Bendahari BN Sabah, Datuk Seri Sallleh Said Keruak dan pemimpin MIC, MCA serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah memberi jaminan manifesto BN pada PRN17 adalah aku janji yang mampu dilaksanakan.

“Manifesto BN Sabah dikeluarkan mengikut keupayaan BN untuk menunaikannya, ia bukan sekadar manifesto atau gagasan besar yang tidak mampu ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata, Manifesto BN Sabah untuk PRN17 perlu disiapkan lebih awal bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya itu diadakan lebih awal berbanding tempoh sebenar Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang yang dijadual tamat pada Oktober tahun depan.

Ia kerana, katanya, pilihan raya di negeri ini pernah mencatat sejarah diadakan lebih awal atau tidak sampai lima tahun berbanding tempoh sebenarnya.

Sumber asal | Buletin TV3 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo