Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob, berkata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam proses bina asas sokongan di kawasan itu. |
PETALING JAYA: Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki sedang membina asas sokongan dalam kalangan pengundi di Parlimen Gerik, kata Fathul Huzir Ayob.
Ahli Parlimen Gerik itu, berkata pihaknya bagaimanapun tidak melihat ia sebagai satu masalah dan sedia berhadapan pada dalam PRU kelak.
“Memang kita maklum, nampak gaya dia (Asyraf Wajdi) membina tapak, saya tiada masalah. Rakyat menilai kita akan lawan secara ‘gentleman’,” katanya dalam satu rakaman video disiarkan di Facebook.
Asyraf yang mewakili Barisan Nasional gagal mempertahankan kubu Umno itu selepas tewas kepada Fathul yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, pada PRU15, Nov 2022.
Fathul berkata, beliau yakin memiliki kelebihan sebagai anak tempatan di Parlimen Gerik, berbanding Asyraf.
“Bagi saya seperti mana penduduk Gerik, pilih orang tempatan, kalau bukan saya pun pilihlah orang lain.
“Takkan orang kita bodoh sangat, yang nak pimpin kita yang tahu denyut nadi kita orang petani, saya tahu budaya orang tempat kita…apa boleh, apa yang tak boleh. Saya berharap begitulah,” katanya.
Pada PRU15, Asyraf tewas kepada Fathul yang menang majoriti 1,377 undi.
Beliau yang merupakan ketua pemuda Umno ketika itu, meraih 13,728 undi manakala Fathul pula mendapat 15,105. Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Tarmizi Mohd Jam mendapat 5,779 undi.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment