BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menepis cabaran Muhyiddin Yassin yang mahu kekosongan diisytiharkan di tujuh kerusi yang mana wakil rakyatnya beralih sokongan.
Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, mengingatkan bahawa keputusan bukan di tangannya.
“Terpulang kepada Ahli Parlimen lah, kenapa tanya saya,” katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat polis di Seberang Perai Central.
Anwar mendakwa orang sudah hilang keyakinan kepada Bersatu, dan menambah Muhyiddin tentu faham situasi semasa.
“Dia yang pakar bagi ‘lompat’ dan ‘scheme of things’ itu dia patut jawab,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional mencabar Anwar dan wakil rakyat yang berkenaan mengisytiharkan kekosongan di enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dalam ucapannya ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen Wakil Rakyat PN 2024, Muhyiddin yakin Perikatan Nasional akan menang lebih di besar kerusi berkenaan jika PRK diadakan.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar iaitu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Baru-baru ini, Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari, yang juga bekas ketua Bersatu Selangor mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Amirudin Shari.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment