NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ancaman bagi sesiapa yang mensia-siakan Ramadan




RAMADAN penuh dengan keberkatan. Bulan yang mana dosa-dosa hamba walau sebanyak manapun akan diampunkan oleh Allah SWT.


Antara tanda dosa seseorang itu diampunkan selepas berakhirnya Ramadan adalah dia semakin rajin dan dapat merasai kemanisan dalam beribadat.

Sepatutnya, setiap kali tiba Ramadan kita layak mendapat pengampunan serta membersihkan diri kita daripada dosa. Namun amat malang sekiranya seseorang itu tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT, bahkan bertambah pula dosa-dosa yang berterusan dilakukan dalam bulan Ramadan, Wal’iyazubillah.


Ų¹َŁ†ْ Ų¬َŲ§ŲØِŲ±ِ ŲØْŁ†ِ Ų¹َŲØْŲÆِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ، ” Ų£َŁ†ّ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠَّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų±َŁ‚َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ِŁ†ْŲØَŲ±َ ، ŁَŁ„َŁ…َّŲ§ Ų±َŁ‚َŁ‰ Ų§Ł„ŲÆَّŲ±َŲ¬َŲ©َ Ų§Ł„Ų£ُŁˆŁ„َŁ‰ ، Ł‚َŲ§Ł„َ : Ų¢Ł…ِŁŠŁ†َ ، Ų«ُŁ…َّ Ų±َŁ‚َŁ‰ Ų§Ł„Ų«َّŲ§Ł†ِŁŠَŲ©َ ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ : Ų¢Ł…ِŁŠŁ†َ ، Ų«ُŁ…َّ Ų±َŁ‚َŁ‰ Ų§Ł„Ų«َّŲ§Ł„ِŲ«َŲ©َ ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ : Ų¢Ł…ِŁŠŁ†َ ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ : ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ، Ų³َŁ…ِŲ¹ْŁ†َŲ§Łƒَ ŲŖَŁ‚ُŁˆŁ„ُ : Ų¢Ł…ِŁŠŁ†َ Ų«َŁ„Ų§Ų«َ Ł…َŲ±َّŲ§ŲŖٍ ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ : Ł„َŁ…َّŲ§ Ų±َŁ‚ِŁŠŲŖُ Ų§Ł„ŲÆَّŲ±َŲ¬َŲ©َ Ų§Ł„Ų£ُŁˆŁ„َŁ‰ Ų¬َŲ§Ų”َŁ†ِŁŠ Ų¬ِŲØْŲ±ِŁŠŁ„ُ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ : Ų“َŁ‚ِŁŠَ Ų¹َŲØْŲÆٌ Ų£َŲÆْŲ±َŁƒَ Ų±َŁ…َŲ¶َŲ§Ł†َ ، ŁَŲ§Ł†ْŲ³َŁ„َŲ®َ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ ŁˆَŁ„َŁ…ْ ŁŠُŲŗْŁَŲ±ْ Ł„َŁ‡ُ ، ŁَŁ‚ُŁ„ْŲŖُ : Ų¢Ł…ِŁŠŁ†َ ، Ų«ُŁ…َّ Ł‚َŲ§Ł„َ : Ų“َŁ‚ِŁŠَ Ų¹َŲØْŲÆٌ Ų£َŲÆْŲ±َŁƒَ ŁˆَŲ§Ł„ِŲÆَŁŠْŁ‡ِ Ų£َŁˆْ Ų£َŲ­َŲÆَŁ‡ُŁ…َŲ§ ŁَŁ„َŁ…ْ ŁŠُŲÆْŲ®ِŁ„Ų§Ł‡ُ Ų§Ł„ْŲ¬َŁ†َّŲ©َ ، ŁَŁ‚ُŁ„ْŲŖُ : Ų¢Ł…ِŁŠŁ†َ ، Ų«ُŁ…َّ Ł‚َŲ§Ł„َ : Ų“َŁ‚ِŁŠَ Ų¹َŲØْŲÆٌ Ų°ُŁƒِŲ±ْŲŖَ Ų¹ِŁ†ْŲÆَŁ‡ُ ŁˆَŁ„َŁ…ْ ŁŠُŲµَŁ„ِّ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒَ ، ŁَŁ‚ُŁ„ْŲŖُ : Ų¢Ł…ِŁŠŁ†َ ”
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA berkata, Nabi SAW menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali. Baginda menjawab: Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah SAW) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin. 
(HR. al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 640).

Perhatikanlah doa yang diungkapkan oleh Jibril AS, penghulu seluruh malaikat dan diaminkan oleh Rasulullah SAW, insan yang paling agung, penghulu seluruh Nabi dan Rasul iaitu:

1. Amat malang bagi orang yang dapat bertemu Ramadan tetapi tidak dapat pengampunan setelah Ramadan berlalu.
2. Amat malang bagi orang yang masih mempunyai ibu dan ayah tetapi tidak berbakti kepada keduanya.
3. Amat malang bagi orang yang mendengar nama Nabi SAW disebut tetapi tidak berselawat ke atasnya.

Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kepada kita tentang golongan yang rugi apabila bertemu Ramadan, akan tetapi dosa mereka tidak diampunkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Ų±َŲŗِŁ…َ Ų£َŁ†ْŁُ Ų±َŲ¬ُŁ„ٍ ŲÆَŲ®َŁ„َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų±َŁ…َŲ¶َŲ§Ł†ُ Ų«ُŁ…َّ Ų§Ł†ْŲ³َŁ„َŲ®َ Ł‚َŲØْŁ„َ Ų£َŁ†ْ ŁŠُŲŗْŁَŲ±َ Ł„َŁ‡ُ
“Rugilah seseorang yang telah sempat memasuki Ramadan, kemudian Ramadan pun berakhir sedangkan dia belum mendapatkan keampunan (dari Allah SWT).”
 (HR Ahmad)

Maka seseorang perlu mengambil serius akan hal ini. Jangan termasuk di kalangan orang yang merugi di akhirat kelak.

Sampaikanlah peringatan ini kepada keluarga serta sahabat handai kita. Semoga kita semua termasuk di kalangan hamba-Nya yang mendapat pengampunan Allah SWT pada bulan Ramadan al Mubarak ini. – HARAKAHDAILY 22/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo