Will Smith mengaku dirinya sangat teruja dengan betapa jelas dan indahnya al-Quran dalam memahami hubung kait kisah-kisah di dalam kitab suci umat Islam itu.
Pelakon berusia 56 tahun yang terkenal dengan persembahannya dalam filem “I Am Legend” dan “The Pursuit of Happiness” itu berkongsi pengalamannya dalam temu bual podcast Big Time bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb di Riyadh, Arab Saudi pada Disember tahun lalu.
“Saya suka betapa mudahnya ia, Quran itu sangat jelas, jelas bak permata, sukar untuk melangkah pergi darinya dengan salah faham,” kata Will.
“Walaupun tetap akan ada manusia yang akan salah faham..,” celah Amr.
“Ya saya tahu, sudah namanya bermain dengan perkataan, tetapi semangatnya sangat-sangat indah, jelas,” balas Will.
Will mengaku memahami beberapa perkara baru berkaitan Nabi Ibrahim dengan nabi-nabi yang merupakan zuriatnya di dalam al-Quran.
“Saya dah baca semua kitab suci agama Abrahamic, saya terkejut bagaimana semuanya seperti satu cerita, dari Torah, ke Bible, dan melalui Quran.
“Saya tak pernah faham hubungannya, dan untuk pertama kalinya, saya lihat hubungannya.
“Saya tak pernah faham sepenuhnya bahawa Abraham (Ibrahim) ayahnya kemudian ia terbahagi kepada Isaac (Ishak) dan Ishmael (Ismail). Dan indahnya mendapat pemahaman lengkap yang sebegitu,” kata pelakon itu.
Antara soalan terawal diterima mengenai pembacaannya, Will secara spontan mengaku terkejut dengan jumlah pengulangan nama salah seorang nabi di dalam al-Quran.
Secara tepatnya, jumlah nama nabi berkenaan disebut sebanyak 136 kali di dalam al-Quran.
“Saya terkejut betapa banyaknya Moses disebut. Ya, ini benar. Ya, Musa, ia menarik, melalui Quran, saya (rasa) berhubung dengan kisah Moses dan pengalamannya,” kata Will Smith. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment