Azalina Othman Said menegaskan cadangan penggubalan FTPA boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan stabil dan tiada perubahan berterusan dalam pentadbiran. |
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen bebas memberi pandangan mengenai Akta Penggal Tetap Parlimen (FTPA) dan tidak dipaksa untuk bersetuju dengan cadangan itu, kata Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu berkata cadangan penggubalan akta tersebut perlu dibangkitkan kerana ia merupakan wacana politik.
“Kita bukan kerajaan komunis yang buat semua Ahli Parlimen kena setuju. Tidak.
“Kita benarkan semua ahli Parlimen (daripada) pihak kerajaan, pembangkang atau Bebas untuk memberi pendapat mereka (tentang FTPA),” katanya semasa pergulungan titah diraja di Dewan Rakyat.
Azalina berkata demikian bagi menjawab RSN Rayer (PH -Jelutong) yang bertanya cadangan menteri mengenai akta itu disokong oleh kebanyakan Ahli Parlimen kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi sebelum ini mencadangkan supaya rang undang-undang khas dibentangkan di Dewan Rakyat bagi mengelakkan sebarang cubaan menggulingkan kerajaan yang dipilih.
Zahid, yang juga presiden Umno, berkata undang-undang sebegitu penting bagi memastikan pakatan memerintah terus berkuasa untuk penggal penuh dan menghapuskan ancaman pembangkang untuk menukar kerajaan.
Dalam pada itu, Azalina berkata cadangan penggubalan FTPA boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan stabil dan tiada perubahan berterusan dalam pentadbiran.
“Soalan yang ditanya Jelutong itu terikat pada perkara ini. Kalau kerajaan itu stabil, semua yang kita cakap ini boleh buat. Ia tidak boleh dilaksanakan kalau kerajaan sentiasa bertukar,” katanya.
Azalina berkata Malaysia tidak seperti negara Barat yang mengamalkan sistem Westminster, tetapi mengamalkan sistem raja Berperlembagaan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment