Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, pembangunan intelektual sepatutnya bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara dan untuk menjadikan Malaysia bergerak ke negara yang maju.
“Tapi saya tengok bila intelektual ini sudah menjadi seorang yang academician dan dia bercakap (dari sudut) akademik (tetapi) dia dihukum. Ini berdasarkan ilmu yang dia belajar, dia bercakap, bukan rasis sepertimana yang Seputeh sebut tadi itu, bukan rasis.
“Dia bercakap berkenaan ilmu dia. Dia PhD dalam bidang ini. Tiba-tiba dia disiasat dikatakan rasis, tak boleh macam itu, mana pembinaan intelektual yang kita nak pergi sekarang ni,” persoalnya.
Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Pendidikan Tinggi semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pensyarah yang mengeluarkan kenyataan rasis dan sebagainya perlu dibezakan antara kenyataan yang bersifat akademik dan juga kenyataan yang bersifat ‘a mere statement’ (sekadar kenyataan).
“Sama ada datangnya daripada pensyarah mahupun di kalangan orang biasa. Jadi kenyataan-kenyataan ini kita tidak boleh bezakan sama ada ini pensyarah, ini orang-orang biasa.
“Apa pun seperti yang kita sedia maklum dunia akademik adalah dunia akademik. Apabila mereka berhujah, mereka akan menyampaikan hujah-hujah berdasarkan kepada dunia akademik mereka dengan latar belakang mereka, dengan kelebihan mereka.
“Lantaran itu, itu adalah menjadi tanggungjawab juga bagi mereka yang tidak sependapat dengannya dalam konteks akademik, memberikan hujahan-hujahan yang bersifat akademik.
“Itulah yang dinamakan sebagai dunia akademik. Namun walau bagaimanapun, sebarang kenyataan yang hanya bersifat orang kata making statement (membuat kenyataan) yang sweeping statement (kenyataan menyeluruh), itu tidak boleh kita terima.
“Jadi saya bedakan antara dua perkara ini dalam dunia akademik adalah dunia akademiknya. Jadi saya harap saya jelaskan perkara ini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 13/3/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment