NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘7 tali barut dah mati’, Razali kata tak perlu ke konvensyen PN

Perikatan Nasional mengadakan konvensyen wakil rakyatnya yang dihadiri 220 Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara dan Adun di Hotel Sunway Putra, hari ini.


KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu yang menyokong kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak dijemput menghadiri Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN).

Ia disahkan Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman ketika ditanya mengenai perkara itu.

“Kami tidak dijemput,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris ketika ditemui media memaklumkan tiada keperluan menjemput wakil rakyat yang khianat kepada parti.

“Kita anggap wakil rakyat di tujuh kerusi itu sudah mati…kita nak tunggu tarikh pilihan raya sahaja. Mereka tali barut dijemput buat apa,” katanya.

Enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Terbaru pada 6 Mac lalu Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

PN mengadakan konvensyen wakil rakyatnya yang dihadiri 220 Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara dan Adun di Hotel Sunway Putra, hari ini.

Baki daripada jumlah keseluruhan 292 wakil rakyat PN tidak hadir kerana tugasan rasmi di luar negara, urusan keluarga dan faktor kesihatan selain tujuh yang menyokong kerajaan.

Antara yang hadir adalah pemimpin utama PN iaitu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Dominic Lau.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo