NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

50 bukan Islam sertai PAS di program dialog




KOTA BHARU:
 PAS melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menerima 50 borang keahlian baharu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Lebih mengejutkan majlis penyerahan borang menyertai PAS berlaku sejurus selepas Majlis Dialog Keharmonian Antara Kaum bertempat di sebuah hotel di sini, petang semalam. (Foto atas)

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad berkata, penyertaan masyarakat bukan Islam bersama PAS membuktikan masyarakat pelbagai kaum menerima apa yang dibawa kerajaan negeri Kelantan.

“Dalam keadaan peratusan rakyat Kelantan yang 95 peratus daripadanya orang Melayu, kemasukan 50 orang tersebut adalah angka yang agak signifikan di Kelantan.

“Ini adalah suatu berita yang menggembirakan kita di bulan yang mulia ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak DHPP Kelantan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Masyarakat bukan Islam di Kelantan sentiasa mendapat perhatian kerajaan, di mana mereka turut pelbagai bantuan disediakan kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 30/3/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo