NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wujud fenomena ‘double standard’ berkaitan Melayu, Islam




TERDAPAT dua insiden berasingan yang melibatkan pelanggaran trafik dilaporkan media berbahasa Mandarin, China Press menarik perhatian warga netizen di Facebook untuk memberi komentar mereka.   

Berita pertama melibatkan seorang lelaki Cina berumur 20-an yang ditahan kerana melakukan aksi ‘drifting’ dengan kereta sport. 

Sementara itu, berita kedua pula melibatkan lima orang mat rempit yang ditahan kerana membuat aksi berbahaya ‘superman’ di lebuh raya utama. 

Keadaan kedua-duanya sama iaitu ditahan pihak polis kerana melakukan aksi yang melanggar undang-undang lalu lintas. 

Namun anehnya komentar-komentar netizen yang muncul di media sosial tidak pula berfokus pada tindakan individu itu.   

Malah jika diperhatikan komentar-komentar berbaur ‘double standard’ pula yang wujud dalam kalangan netizen apabila mengulas kedua-dua berita terbabit.  

Bagi berita pertama yang berkaitan pemuda Cina itu, rata-rata netizen cenderung menyindir dan mengkritik perbuatan pelaku malah mempersoalkan sisi tanggungjawab dan keselamatan di jalan raya. 



Namun, respon mereka terhadap berita kedua berkaitan lima orang mat rempit pula berbeza. Netizen bukan sahaja menyindir perbuatan pelaku tetapi mereka juga membawa unsur bangsa dan agama dalam komentar mereka. 

Kebanyakan mereka menggunakan istilah ‘guó bǎo’ (国宝) yang bermaksud ‘aset negara’. Di sini, netizen merujuk secara sarkastik kepada bangsa Melayu adalah bumiputera yang mempunyai hak istimewa dan terpelihara haknya.



Penggunaan istilah sebegini dalam komentar yang berbaur ‘double standard’ ini sangat merisaukan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan agama.  

Ini kerana apabila sang pelaku daripada masyarakat mereka sendiri melakukan kesalahan mahupun jenayah, mereka akan mengkritik tindakan pelaku itu.

Namun apabila melibatkan Melayu mahupun Muslim, mereka memainkan naratif bangsa atau agama dalam kritikan-kritikan mereka. Ini merupakan ‘double standard’ yang amat ketara. 

Seharusnya kritikan terhadap kesalahan individu tidak melampaui batas sehingga tergelincir menyindir bangsa atau agama seseorang.  

Oleh sebab itu, sebagai Muslim perlu diingatkan jangan sesekali mengutuk atau mengkritik bangsa atau agama lain hanya kerana kesalahan dilakukan masyarakat mereka. 

Islam, sepertimana yang diingatkan Umar al-Khattab mengajar tentang kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengikuti ajarannya. 

“Kita adalah golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah SWT dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan maka ia telah dihina oleh Allah.” – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo