NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wisma Putra digesa bersihkan nama NGO Islam disenarai pengganas – DUPP



  • Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya berkata perkara itu sangat penting kerana kumpulan NGO itu sentiasa konsisten membantu rakyat Palestin, bahkan ia juga sangat perlu bagi mempertahankan imej Malaysia daripada tohmahan terlibat aktiviti keganasan.
  • Beliau juga menegaskan tindakan FBI itu adalah tidak wajar dan jauh daripada realiti yang berlaku di lapangan.
  • “Walaupun memahami tiada kompromi dalam aspek keselamatan negara, namun kita juga harus berhati-hati dengan sebarang dakwaan dibuat organisasi antarabangsa khususnya berkait kategori pengganas.
  • “Apakah kewajaran kumpulan yang mempertahankan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang diseksa selama tujuh dekad ini dianggap sebagai pengganas?,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

KUALA LUMPUR — Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menggesa Wisma Putra bertindak membersihkan nama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai pengganas.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata perkara itu sangat penting kerana kumpulan NGO itu sentiasa konsisten membantu rakyat Palestin, bahkan ia juga sangat perlu bagi mempertahankan imej Malaysia daripada tohmahan terlibat aktiviti keganasan.

Beliau juga menegaskan tindakan FBI itu adalah tidak wajar dan jauh daripada realiti yang berlaku di lapangan.

“Walaupun memahami tiada kompromi dalam aspek keselamatan negara, namun kita juga harus berhati-hati dengan sebarang dakwaan dibuat organisasi antarabangsa khususnya berkait kategori pengganas.

“Kalau diikutkan klasifikasi pengganas, pertubuhan HAMAS sendiri turut diletakkan sebagai organisasi pengganas antarabangsa (FTOs) oleh Kerajaan Amerika Syarikat. 

“Apakah kewajaran kumpulan yang mempertahankan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang diseksa selama tujuh dekad ini dianggap sebagai pengganas?,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, tular surat dikeluarkan Kementerian Luar kepada Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan, Jismi Azhari Johari menyatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, bekas Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul dan Awang Suffian Awang Piut dari Aman Palestin, masing-masing daripada tiga NGO Islam di negara ini, disenaraikan dalam Terrorist Screening Centre (TSC) FBI.

Kementerian Luar menerusi surat itu juga meminta Sekretariat Induk Ops Ihsan mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu itu tidak lagi terbabit dengan misi mengurus penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada minggu lalu bagaimanapun dilapor berkata, berdasarkan semakan dilakukan pihaknya mendapati kesemua NGO terlibat dalam Ops Ihsan tiada yang terlibat isu keganasan, iaitu ia bermaksud ‘clean’. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo