NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi Melayu beralih kepada PN pada PRU-16 – Razali



KUALA LUMPUR – Sokongan undi Melayu bumiputera akan beralih kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ia susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bersetuju mengurangkan hukuman dan denda terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris.

Beliau menyifatkan perkembangan tersebut sebagai satu perkara positif selepas UMNO gagal membebaskan bekas presiden parti itu sepenuhnya.

Malah beliau mendakwa, laungan Presiden UMNO di depan akar umbi berhubung perkara itu sekadar omongan kosong sahaja.

“Mungkin Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya lega seketika kerana Bossku hanya dibebaskan Ogos 2028.

“Ternyata sokongan undi Melayu bumiputera akan beralih menerusi gelombang yang lebih besar kepada PN terutama PRU16, di samping jangkaan pengundi Cina, India dan pengundi muda serta pengundi baharu pasti memihak kepada kami atas simpati kepada Bossku,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Razali berkata, PN dan Bersatu mendoakan kesejahteraan Najib yang juga bekas perdana menteri agar terus bersabar dan bertabah mendepani ujian getir ini.


“Perjuangan benar perlu ditegakkan,” ujarnya.

Terdahulu, lembaga itu mengesahkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Ini bermakna Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo