NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undang-undang penjajah memelihara Islam sebagai agama Persekutuan - Nik Nazmi



KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu berhenti daripada mengelirukan rakyat menggunakan isu pembatalan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mempergunakan isu teknikal undang-undang untuk kepentingan politik, terutamanya berkaitan perihal agama adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Ini kerana katanya, kempen seperti itu hanya akan menimbulkan kekeliruan dan kebencian dalam kalangan masyarakat dan tidak akan membawa Malaysia lebih maju ke hadapan.

“Saya tidak terkejut sekiranya beliau (Abdul Hadi) tidak memahami isu ini tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pengamal undang-undang berpengalaman, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga gagal memahami isu ini dengan baik.

“Perlembagaan yang dikatakan Abdul Hadi sebagai undang-undang penjajah telah memelihara Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak-hak penganut agama dan kepercayaan yang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Nik Nazmi mengulas mengenai tulisan Abdul Hadi dalam segmen Minda Presiden Pas yang cuba memberi bayangan bahawa pelbagai pindaan undang-undang sejak kebelakangan ini telah meninggalkan syariat Islam.

Melalui tulisan itu, Abdul Hadi dipetik memberi sindirian kepada para hakim dengan melabelkan kewujudan hakim yang ‘bijaksini’, bukan bijaksana.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, sesuatu yang tidak disentuh oleh Abdul Hadi adalah kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam pada awal Disember 2023.

Katanya, jawatankuasa itu diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dan turut dianggotai oleh 10 ahli jawatankuasa yang lain.

“Sudah tentu jawatankuasa ini membantu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Saya yakin Hadi dan Takiyuddin sebenarnya faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham untuk menimbulkan ketakutan umat Islam demi kepentingan sempit mereka,” tambahnya. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo