NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undang-undang di rimba mengatasi Majlis Keselamatan PBB




MENJADI
 konsep undang-undang di rimba, siapa yang kuat menjadi penentu segala keputusan tanpa mengira sama mana yang betul atau salah. Walaupun telah berlaku zalim dan kejam secara melampau sehingga membunuh dan memakan mangsanya dengan ganas dan kejam, ia masih dianggap perkara biasa. Inilah sifat binatang buas yang tidak berakal. 

Sekiranya manusia yang berakal melakukannya, maka ia menjadi lebih ganas dan buas. Adapun binatang paling ganas hanya boleh membunuh mangsa dalam jumlah yang kecil, jika hendak dibandingkan dengan manusia yang berakal boleh membunuh berjuta-juta mangsa dengan senjata pemusnah yang diciptakannya. 

Firman Allah SWT:

Ų£َŲ±َŲ”َŁŠۡŲŖَ Ł…َŁ†ِ Ł±ŲŖَّŲ®َŲ°َ Ų„ِŁ„َٰŁ‡َŁ‡ُŪ„ Ł‡َŁˆَŁ‰ٰŁ‡ُ Ų£َŁَŲ£َŁ†ŲŖَ ŲŖَŁƒُŁˆŁ†ُ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِ ŁˆَŁƒِŁŠŁ„ًŲ§Ł¤Ł£ Ų£َŁ…ۡ ŲŖَŲ­ۡŲ³َŲØُ Ų£َŁ†َّ Ų£َŁƒۡŲ«َŲ±َŁ‡ُŁ…ۡ ŁŠَŲ³ۡŁ…َŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų£َŁˆۡ ŁŠَŲ¹ۡŁ‚ِŁ„ُŁˆŁ†َۚ Ų„ِŁ†ۡ Ł‡ُŁ…ۡ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŁƒَŁ±Ł„ۡŲ£َŁ†ۡŲ¹َٰŁ…ِ ŲØَŁ„ۡ Ł‡ُŁ…ۡ Ų£َŲ¶َŁ„ُّ Ų³َŲØِŁŠŁ„ًŲ§Ł¤Ł¤﴾

“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka, apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (43) Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu). (44)”

[al-Furqan: 43-44]

Kini disaksikan oleh seluruh dunia, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi kemenangan kepada Afrika Selatan yang membawa tuduhannya dan memutuskan negara haram Israel bersalah dari segi undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia dan prinsip demokrasi. Padahal ia menjadi perkara yang paling menjadi kebanggaan negara blok Barat (Amerika dan sekutunya) yang meletakkan diri mereka menjadi hero demokrasi dan hak asasi manusia. 

Keputusan tersebut sekadar menjadi berita, tidak diterima oleh Israel dan diikut sama oleh negara Barat tersebut yang membekalkan segala jenis senjata secara bertali arus kepada Israel. Kononnya, atas hujah menjaga keselamatan dan keamanan negara haram itu lebih diutamakan, walaupun dengan segala keganasannya yang paling melampau. Begitulah dilakukan terhadap semua keputusan yang menghukum negara haram Israel.

Seluruh dunia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai dalam perang yang berlaku sebelum ini dan kini sedang berlaku di Gaza seterusnya merebak ke seluruh Palestin. Keadaan ini mengancam keamanan dunia kerana ia boleh merebak ke seluruh rantau dan boleh mencetuskan perang dunia pada bila-bila masa. 

Peperangan yang dilakukan oleh negara haram Israel turut disertai sekutunya yang menganut fahaman Zionisme daripada negara Barat tanpa sempadan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Sehinggakan ia meragut nyawa sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak, kaum wanita, warga tua, pesakit di tempat rawatan di hospital dan khemah perlindungan, bahkan tanah perkuburan juga menjadi sasaran.

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusi Majlis Keselamatan dibatalkan melalui kuasa veto Amerika Syarikat dengan sokongan sekutunya yang mahukan peperangan tidak dihentikan. Bahkan, terus dibantunya dengan senjata dan lain-lain secara bersama oleh semua negara tersebut kepada Israel yang terus mengganas. 

Pada masa yang sama, mereka sibuk melangkah dan terbang ke sana ke mari menunjuk-nunjuk kononnya apa yang dilakukan untuk mewujudkan perdamaian dan menegakkan hak asasi manusia. 

Semua negara bersekutu itu mendabik dada sebagai pendukung demokrasi, hak asasi manusia dan semua slogan yang terbaik. Kini, mereka mendedahkan kepura-puraannya tanpa maruah kemanusiaan yang sebenar, sehingga menjadikan masyarakat antarabangsa dikuasai oleh undang-undang hutan di rimba. 

Kumpulan Zionis dan sekutunya pula yang menentukan jenama pengganas kepada semua yang terlibat menentangnya, disokong pula oleh semua negara tersebut. Sama ada kumpulan yang mempertahankan diri seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah atau ikut serta membantu kumpulan yang terlibat menentangnya seperti Yaman, Iran, Syria, Algeria, negara Amerika Latin, Afrika dan lain-lain. 

Pada masa yang sama, ada pula kalangan negara yang mengadakan normalisasi hubungan dengan negara Zionis itu. Maka, berlakulah bencana kemanusiaan sebagaimana yang disebutkan oleh sabda Rasulullah SAW menjadi tanda kemusnahan alam. Sabda Baginda SAW:

‌ŁˆَŲ£ُŁƒْŲ±ِŁ…َ ‌Ų§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„ُ ‌Ł…َŲ®َŲ§ŁَŲ©َ ‌Ų“َŲ±ِّŁ‡ِ.

“Apabila dihormati seseorang kerana takutkan kejahatannya (bukan kerana baik dan adilnya).” 

[Al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Bab Ma Ja’a fi ‘Alamat Hulul al-Maskh wa al-Khasf, No. 2210, daripada ‘Ali bin Abi Talib]

Begitulah kepatuhan masyarakat antarabangsa terhadap negara besar yang zalim dan ganas. Prinsip imperialisme ketinggalan zaman yang menakluk dunia selama beberapa abad, membunuh penduduk asal, sehingga mengabdikan sesama manusia dan dijual seperti binatang kini masih dihidupkan oleh negara yang dianggap maju dan bertamadun.

Allah berfirman secara khusus kepada kaum Yahudi, bangsa paling dilaknat dan dimurkai Allah yang mempengaruhi negara-negara besar tersebut:

﴿ŁˆَŁ‚َŲ§Ł„َŲŖِ Ł±Ł„ۡŁŠَŁ‡ُŁˆŲÆُ ŁŠَŲÆُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł…َŲŗۡŁ„ُŁˆŁ„َŲ©ٌۚ ŲŗُŁ„َّŲŖۡ Ų£َŁŠۡŲÆِŁŠŁ‡ِŁ…ۡ ŁˆَŁ„ُŲ¹ِŁ†ُŁˆŲ§ْ ŲØِŁ…َŲ§ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ْۘ ŲØَŁ„ۡ ŁŠَŲÆَŲ§Ł‡ُ Ł…َŲØۡŲ³ُŁˆŲ·َŲŖَŲ§Ł†ِ ŁŠُŁ†ŁِŁ‚ُ ŁƒَŁŠۡŁَ ŁŠَŲ“َŲ¢Ų”ُۚ ŁˆَŁ„َŁŠَŲ²ِŁŠŲÆَŁ†َّ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ٗŲ§ Ł…ِّŁ†ۡŁ‡ُŁ… Ł…َّŲ¢ Ų£ُŁ†Ų²ِŁ„َ Ų„ِŁ„َŁŠۡŁƒَ Ł…ِŁ† Ų±َّŲØِّŁƒَ Ų·ُŲŗۡŁŠَٰŁ†ٗŲ§ ŁˆَŁƒُŁۡŲ±ٗŲ§ۚ ŁˆَŲ£َŁ„ۡŁ‚َŁŠۡŁ†َŲ§ ŲØَŁŠۡŁ†َŁ‡ُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŲ¹َŲÆَٰŁˆَŲ©َ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲØَŲŗۡŲ¶َŲ¢Ų”َ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ ŁŠَŁˆۡŁ…ِ Ł±Ł„ۡŁ‚ِŁŠَٰŁ…َŲ©ِۚ ŁƒُŁ„َّŁ…َŲ¢ Ų£َŁˆۡŁ‚َŲÆُŁˆŲ§ْ Ł†َŲ§Ų±ٗŲ§ Ł„ِّŁ„ۡŲ­َŲ±ۡŲØِ Ų£َŲ·ۡŁَŲ£َŁ‡َŲ§ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُۚ ŁˆَŁŠَŲ³ۡŲ¹َŁˆۡŁ†َ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ ŁَŲ³َŲ§ŲÆٗŲ§ۚ ŁˆَŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„َŲ§ ŁŠُŲ­ِŲØُّ Ł±Ł„ۡŁ…ُŁۡŲ³ِŲÆِŁŠŁ†َŁ¦Ł¤﴾

“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu (bakhil).’ Sebenarnya, tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Bahkan) kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka (pemurah). Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka terus berbuat kerosakan di muka bumi; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.” 

[al-Ma’idah: 64]

Firman Allah SWT:

﴿…ŁˆَŲ¶ُŲ±ِŲØَŲŖۡ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِŁ…ُ Ł±Ł„Ų°ِّŁ„َّŲ©ُ ŁˆَŁ±Ł„ۡŁ…َŲ³ۡŁƒَŁ†َŲ©ُ ŁˆَŲØَŲ¢Ų”ُŁˆ ŲØِŲŗَŲ¶َŲØٖ Ł…ِّŁ†َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِۗ Ų°َٰŁ„ِŁƒَ ŲØِŲ£َŁ†َّŁ‡ُŁ…ۡ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ْ ŁŠَŁƒۡŁُŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِ‍َٔŲ§ŁŠَٰŲŖِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŁŠَŁ‚ۡŲŖُŁ„ُŁˆŁ†َ Ł±Ł„Ł†َّŲØِŁŠِّ‍ۧŁ†َ ŲØِŲŗَŁŠۡŲ±ِ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ‚ِّۗ Ų°َٰŁ„ِŁƒَ ŲØِŁ…َŲ§ Ų¹َŲµَŁˆŲ§ْ ŁˆَّŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ْ ŁŠَŲ¹ۡŲŖَŲÆُŁˆŁ†َŁ¦Ł”﴾

“…Lalu ditimpakanlah kepada mereka kenistaan dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” 

[al-Baqarah: 61]

Firman Allah SWT lagi:

﴿Ł‚ُŁ„ۡ Ł‡َŁ„ۡ Ų£ُŁ†َŲØِّŲ¦ُŁƒُŁ… ŲØِŲ“َŲ±ّٖ Ł…ِّŁ† Ų°َٰŁ„ِŁƒَ Ł…َŲ«ُŁˆŲØَŲ©ً Ų¹ِŁ†ŲÆَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِۚ Ł…َŁ† Ł„َّŲ¹َŁ†َŁ‡ُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŲŗَŲ¶ِŲØَ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِ ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„َ Ł…ِŁ†ۡŁ‡ُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŁ‚ِŲ±َŲÆَŲ©َ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ®َŁ†َŲ§Ų²ِŁŠŲ±َ ŁˆَŲ¹َŲØَŲÆَ Ł±Ł„Ų·َّŁ€ٰŲŗُŁˆŲŖَ ۚ Ų£ُŁˆْŁ„َٰٓŲ¦ِŁƒَ Ų“َŲ±ّٞ Ł…َّŁƒَŲ§Ł†ٗŲ§ ŁˆَŲ£َŲ¶َŁ„ُّ Ų¹َŁ† Ų³َŁˆَŲ¢Ų”ِ Ł±Ł„Ų³َّŲØِŁŠŁ„ِŁ¦Ł ﴾

“Katakanlah, ‘Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya daripada (orang-orang fasiq) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah taghut (pelampau)?’ Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat daripada jalan yang lurus.”

 [al-Ma’idah: 60]

Perangai mereka laksana babi dan kera (binatang yang hina dan najis membawa penyakit) dan mereka melantik kalangan pelampau menjadi pemimpin negara.

Kuasa besar Barat paling bertanggungjawab menubuhkan negara haram Zionis Israel bagi meneruskan perjuangan penjajahannya. Mereka menjadikan Israel pangkalan hadapannya, di samping negara-negara pengikut yang menjadi alatnya untuk meletakkan pangkalan tentera dan sumber ekonomi secara khusus bagi menghadapi umat Islam.

Maka, kemunculan negara dan kumpulan yang gagah berani menghadapi kezalimannya, khususnya kumpulan yang berwajah Islam tanpa peduli mazhabnya seperti kumpulan dari Afghanistan dan Iran, Hamas, Hizbullah dan Ansarullah dikira menjadi ancaman dan pencabar yang menentangnya, lalu semunya dilabelkan pengganas. Termasuk negara yang berani menyokong atau bersimpati yang turut dimasukkan ke dalam senarainya.

Sebenarnya, semua kumpulan Islam tersebut mengikut panduan firman Allah:

﴿…ŁˆَŁ„َŁˆۡŁ„َŲ§ ŲÆَŁۡŲ¹ُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ ŲØَŲ¹ۡŲ¶َŁ‡ُŁ… ŲØِŲØَŲ¹ۡŲ¶ٖ Ł„َّŁَŲ³َŲÆَŲŖِ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ُ ŁˆَŁ„َٰŁƒِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų°ُŁˆ ŁَŲ¶ۡŁ„ٍ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ۡŲ¹َٰŁ„َŁ…ِŁŠŁ†َŁ¢Ł„Ł”﴾

“…Dan seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan sebahagiannya yang lain (yang beriman dan setia), nescaya rosak binasalah bumi ini. Akan tetapi, Allah sentiasa melimpah kurniaan-Nya kepada sekalian alam.”

 [al-Baqarah: 251]

Semua kumpulan Islam dan negaranya bertindak dan berperang mengikut panduan dan petunjuk Allah. Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ‚َٰŲŖِŁ„ُŁˆŲ§ْ ŁِŁŠ Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠُŁ‚َٰŲŖِŁ„ُŁˆŁ†َŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ¹ۡŲŖَŲÆُŁˆٓŲ§ْۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŲ§ ŁŠُŲ­ِŲØُّ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ¹ۡŲŖَŲÆِŁŠŁ†َŁ”Ł©Ł ﴾

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

 [al-Baqarah: 190]

Hamas yang menang besar dalam pilihan raya Palestin tidak diberi jalan untuk menubuhkan kerajaan melalui konsep demokrasi. Dalam keadaan pendatang Zionis dibawa masuk beramai-ramai menceroboh dan merampas, serta membunuh dan melampau sehingga menceroboh Masjid al-Aqsa. Maka, Hamas bertindak cepat menyerang bala tentera negara haram Zionis Israel. 

Semua kumpulan Islam berjihad bersama Hamas tanpa mengira mazhab dan bangsa. Mereka hanya menyerang sasaran tentera mengikut petunjuk al-Quran tanpa melampau, bahkan mereka melayan tawanan Yahudi dengan adab-adab Islam yang diakui melalui media Israel oleh tawanan yang telah dibebaskan sehingga terpaksa dilakukan sekatan oleh kerajaan Israel.

Negara haram Israel gagal melakukan serangan balas, walaupun mereka dibantu oleh semua kuasa besar yang membantunya. Hal ini menjadikan mereka semua hilang perhitungan kemanusiaan yang selama ini diuar-uarkan dengan megahnya bahawa merekalah pejuang dan penaung keamanan, keadilan dan hak asasi bagi seluruh pelosok dunia. 

Inilah akibat madani jahiliah yang telah diberikan amaran oleh Allah, melalui iktibar daripada semua kuasa besar yang bertamadun yang telah ditelan sejarah apabila mendapat kemurkaan Allah. Firman Allah SWT:

﴿Ų£َŁ„َŁ…ۡ ŲŖَŲ±َ ŁƒَŁŠۡŁَ ŁَŲ¹َŁ„َ Ų±َŲØُّŁƒَ ŲØِŲ¹َŲ§ŲÆٍŁ¦ Ų„ِŲ±َŁ…َ Ų°َŲ§ŲŖِ Ł±Ł„ۡŲ¹ِŁ…َŲ§ŲÆِŁ§ Ł±Ł„َّŲŖِŁŠ Ł„َŁ…ۡ ŁŠُŲ®ۡŁ„َŁ‚ۡ Ł…ِŲ«ۡŁ„ُŁ‡َŲ§ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲØِŁ„َٰŲÆِŁØ ŁˆَŲ«َŁ…ُŁˆŲÆَ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¬َŲ§ŲØُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ŲµَّŲ®ۡŲ±َ ŲØِŁ±Ł„ۡŁˆَŲ§ŲÆِŁ© ŁˆَŁِŲ±ۡŲ¹َŁˆۡŁ†َ Ų°ِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ£َŁˆۡŲŖَŲ§ŲÆِŁ”Ł  Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų·َŲŗَŁˆۡŲ§ْ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲØِŁ„َٰŲÆِŁ”Ł” ŁَŲ£َŁƒۡŲ«َŲ±ُŁˆŲ§ْ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ł±Ł„ۡŁَŲ³َŲ§ŲÆَŁ”Ł¢ ŁَŲµَŲØَّ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِŁ…ۡ Ų±َŲØُّŁƒَ Ų³َŁˆۡŲ·َ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٍŁ”Ł£ Ų„ِŁ†َّ Ų±َŲØَّŁƒَ Ł„َŲØِŁ±Ł„ۡŁ…ِŲ±ۡŲµَŲ§ŲÆِŁ”Ł¤﴾

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad? (6) (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7) Yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (8) Dan terhadap kaum Thamud yang memotong batu-batu besar di lembah. (9) Dan terhadap kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). (10) (Semua itu mereka) yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri (masing-masing). (11) Lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. (12) Disebabkan itu, Tuhanmu menimpakan kepada mereka pelbagai paluan azab. (13) Sesungguhnya, Tuhanmu itu benar-benar mengawasi. (14)” 

[al-Fajr: 6-14]

Begitulah akibat yang menimpa semua kuasa besar yang melampau zalimnya sepanjang zaman, apabila kezalimannya menjadi sebab kemusnahannya termasuk bangsa Yahudi. Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ‚َŲ¶َŁŠۡŁ†َŲ¢ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ ŲØَŁ†ِŁŠٓ Ų„ِŲ³ۡŲ±َٰٓŲ”ِŁŠŁ„َ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŁƒِŲŖَٰŲØِ Ł„َŲŖُŁۡŲ³ِŲÆُŁ†َّ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ł…َŲ±َّŲŖَŁŠۡŁ†ِ ŁˆَŁ„َŲŖَŲ¹ۡŁ„ُŁ†َّ Ų¹ُŁ„ُŁˆّٗŲ§ ŁƒَŲØِŁŠŲ±ٗŲ§Ł¤ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų¬َŲ¢Ų”َ ŁˆَŲ¹ۡŲÆُ Ų£ُŁˆŁ„َŁ‰ٰŁ‡ُŁ…َŲ§ ŲØَŲ¹َŲ«ۡŁ†َŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁƒُŁ…ۡ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆٗŲ§ Ł„َّŁ†َŲ¢ Ų£ُŁˆْŁ„ِŁŠ ŲØَŲ£ۡŲ³ٖ Ų“َŲÆِŁŠŲÆٖ ŁَŲ¬َŲ§Ų³ُŁˆŲ§ْ Ų®ِŁ„َٰŁ„َ Ł±Ł„ŲÆِّŁŠَŲ§Ų±ِۚ ŁˆَŁƒَŲ§Ł†َ ŁˆَŲ¹ۡŲÆٗŲ§ Ł…َّŁۡŲ¹ُŁˆŁ„ٗŲ§Ł„ Ų«ُŁ…َّ Ų±َŲÆَŲÆۡŁ†َŲ§ Ł„َŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŁƒَŲ±َّŲ©َ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِŁ…ۡ ŁˆَŲ£َŁ…ۡŲÆَŲÆۡŁ†َٰŁƒُŁ… ŲØِŲ£َŁ…ۡŁˆَٰŁ„ٖ ŁˆَŲØَŁ†ِŁŠŁ†َ ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„ۡŁ†َٰŁƒُŁ…ۡ Ų£َŁƒۡŲ«َŲ±َ Ł†َŁِŁŠŲ±ًŲ§Ł¦ Ų„ِŁ†ۡ Ų£َŲ­ۡŲ³َŁ†ŲŖُŁ…ۡ Ų£َŲ­ۡŲ³َŁ†ŲŖُŁ…ۡ Ł„ِŲ£َŁ†ŁُŲ³ِŁƒُŁ…ۡۖ ŁˆَŲ„ِŁ†ۡ Ų£َŲ³َŲ£ۡŲŖُŁ…ۡ ŁَŁ„َŁ‡َŲ§ۚ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų¬َŲ¢Ų”َ ŁˆَŲ¹ۡŲÆُ Ł±Ł„ۡŲ£ٓŲ®ِŲ±َŲ©ِ Ł„ِŁŠَŲ³ُ‍ُٔŁˆŲ§ْ ŁˆُŲ¬ُŁˆŁ‡َŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŁ„ِŁŠَŲÆۡŲ®ُŁ„ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ۡŁ…َŲ³ۡŲ¬ِŲÆَ ŁƒَŁ…َŲ§ ŲÆَŲ®َŁ„ُŁˆŁ‡ُ Ų£َŁˆَّŁ„َ Ł…َŲ±َّŲ©ٖ ŁˆَŁ„ِŁŠُŲŖَŲØِّŲ±ُŁˆŲ§ْ Ł…َŲ§ Ų¹َŁ„َŁˆۡŲ§ْ ŲŖَŲŖۡŲØِŁŠŲ±ًŲ§Ł§﴾

“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini sebanyak dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4) Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada kedua-dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5) Kemudian, Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6) Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai. (7)”

[al-Isra’: 4-7]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Sya‘ban 1445 / 26 Februari 2024 – HARAKAHDAILY 26/2/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo