Sivamurugan berkata kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan polemik tidak wajar dibuat sehingga mencetus perdebatan. |
KUALA LUMPUR: Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Sivamurugan Pandian berkata kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan polemik tidak wajar dibuat sehingga mencetus perdebatan yang tidak menguntungkan.
"Pengurusan persepsi itu penting. Dan saya percaya diperingkat bawahan, masing-masing masih mahu jawapan yang jitu, peka kepada keadaan semasa dan kesemua ini tidak boleh hanya dilakukan oleh parti UMNO.
"Parti lain, contohnya DAP juga perlu ambil pendekatan yang lebih matang untuk pastikan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menyinggung dan tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan," katanya dalam Buletin AWANI pada Ahad.
Jelas Sivamurugan, sekiranya ada perkara-perkara sensitif yang perlu diutarakan, maka ia seharusnya dibincangkan dalam forum yang tertutup.
Tambahnya, beberapa kenyataan yang disifatkan sensitif oleh pemimpin politik tidak boleh lagi berulang, kerana perselisihan yang berlaku hanya akan mencetuskan defisit keyakinan terhadap kerjasama yang terjalin dalam kerajaan perpaduan ketika ini.
Beberapa kenyataan kontroversi pimpinan DAP itu bermula dengan cadangan Lim Kit Siang berkenaan Perdana Menteri bukan Melayu; Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai berhubung Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham berhubung pakar bukan Islam dalam jawatankuasa syariah; dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Sumber | Astro Awani
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment