NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak bermain politik: Kerajaan wajib junjung penuh titah Agong




KUALA LUMPUR:
 Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, memang sepatutnya semua pihak tidak ‘bermain politik’ di dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Ini, ujarnya seperti titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Parlimen Ke-5 di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Justeru, kata beliau tindakan politik terhadap para penjawat awam yang kononnya dianggap tidak sebulu dengan aspirasi Kerajaan Madani perlu dihentikan.

“Contohnya tindakan memecat Ketua Pengarah Pelancongan yang berlaku baru-baru ini,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dipercayai tindakan itu bukan sekali, mungkin sudah ada beberapa tindakan ‘politik’ lain yang telah dilakukan terhadap penjawat awam.

Tambahnya, hentikan juga ‘permainan politik’ dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran PN.

Katanya, terdapat arahan secara tidak bertulis supaya pegawai agensi persekutuan di negeri PN untuk tidak terlibat dalam mesyuarat dan acara-acara rasmi kerajaan negeri berkenaan.

Ini, tegasnya adalah tindakan politik yang merugikan semua pihak.

“Hentikan ‘bermain politik’ di sekolah-sekolah dan pusat pengajian yang melibatkan pimpinan parti politik kerajaan, manakala pimpinan politik pembangkang pula disekat dan dihalang daripada dijemput ke sekolah dan pusat pengajian tinggi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.

Beliau juga menyeru supaya dihentikan ‘bermain politik’ dengan Ahli Parlimen pembangkang, menyekat peruntukan dan memujuk supaya menyokong PMX terlebih dahulu untuk diberi peruntukan sedangkan itu adalah dana awam yang dikutip daripada hasil negara melalui cukai.

Di samping itu, Afnan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, perlu dihentikan ‘bermain politik’ dalam isu kritikal negara umpamanya isu Beras Madani yang dilihat tidak ketahuan dan celaru.

Ini, ujarnya termasuk isu matawang yang merudum, dan isu kos sara hidup yang kian meningkat.

“Jawablah secara profesional. Tunaikanlah segala janji yang ditabur sebelum ini. Jangan berpolitik sepanjang masa.

“Jika semua isu-isu utama dan kritikal dapat diatasi, jika Kerajaan Madani menunaikan semua janji, jika Ahli Parlimen Pembangkang dilayan sama rata dan diberikan hak yang sepatutnya, jika 4 Kerajaan Negeri di bawah PN dimudahkan semua permohonan projek pembangunan dan dilayan mengikut prinsip federalisma yang sepatutnya, maka tiada masalah untuk kerajaan yang ada ini untuk terus mentadbir sehingga PRU16,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 26/2/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo