NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Tiada guna menjadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi”, Surendran keluar PKR

N Surendran menyertai PKR ketika era Reformasi pada lewat 1990-an.



PETALING JAYA: Bekas naib presiden PKR, N Surendran meletak jawatan dalam parti itu atas alasan ia gagal melaksanakan pembaharuan dijanjikan.

Isnin lalu, bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap berdiam diri “memalukan” Pakatan Harapan (PH) atas siasatan hasutan terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.

Ketika diminta mengulas perkara itu hari ini, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil mengingatkan Surendran untuk mengamalkan disiplin parti ketika menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu sedemikian.

“Fahmi, tak kisahlah disiplin parti. Saya sudah lama tidak menjadi ahli parti yang aktif,” tulis Surendran dalam catatan X.

“Saya tanya tentang pembaharuan yang dijanjikan PKR. Tiada jawapan diberikan.

“Tiada gunanya menjadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini peletakan jawatan saya.”

Surendran menyertai PKR ketika era Reformasi pada lewat 1990-an. Beliau merupakan peguam, selain berkhidmat sebagai penasihat kumpulan Lawyers for Liberty (LFL).

Beliau dalam catatan X pada Isnin lalu berkata, ia “agak memalukan” kerana PH dan DAP sebahagian besarnya mendiamkan diri mengenai siasatan hasutan ke atas Pua.

Bukit Aman sedang menyiasat Pua atas kenyataannya terhadap pengurangan hukuman bekas perdana menteri, Najib Razak dalam kes SRC International.

“Janji mudah dibuat – selepas berkuasa, semuanya dilupakan,” tulisnya.

Beliau turut memuat naik gambar dirinya duduk bersebelahan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam sidang media pada 2014 mengutuk Akta Hasutan. Anwar ialah presiden PKR.

Diminta mengulas catatan terdahulu Surendran, Fahmi yang juga menteri komunikasi hari ini menyifatkan Surendran sebagai kawan lama.

“Tetapi, atas sebab tertentu, beliau tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya baru-baru ini. Pun begitu, saya mengambil maklum pendapatnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

“Dalam PKR dan Harapan, kami berpegang kepada prinsip, tetapi pada masa sama, kami ada disiplin parti.”


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo