NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terlalu awal untuk rai pelaburan lulus tertinggi pada 2023, kata Ahli Parlimen PKR

Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung memetik percanggahan ketara antara kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar AS dan rekod tertinggi pelaburan yang diluluskan di Malaysia.



PETALING JAYA: Rekod pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam, masih terlalu awal untuk diraikan sebagai pencapaian kerajaan, menurut seorang Ahli Parlimen PKR.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung memetik percanggahan ketara antara kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar AS dan rekod tertinggi pelaburan yang diluluskan di Malaysia.

“Pertama sekali, pelaburan asing yang diluluskan hanyalah FDI (pelaburan langsung asing) yang telah diluluskan untuk memasuki Malaysia tetapi mungkin belum sampai. Ia hanya komitmen pelaburan yang masih belum direalisasikan, atas beberapa faktor.

“Jadi, masih terlalu awal untuk meraikan kejayaan itu sehinggalah, contohnya, kilang dibina, pejabat dipenuhi pekerja, dan pengeluaran berjalan,” katanya.

Selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) semalam, Anwar berkata, Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara, iaitu sebanyak RM329.5 bilion, pada 2023.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, jumlah itu meningkat 23.0% daripada RM264.6 bilion yang dicatatkan pada 2022.

Dalam kenyataannya, Lee menegaskan bahawa kadar dasar semalaman (OPR) negara masih rendah pada 3%, berbanding kadar AS pada 5.5%.

Beliau berkata, ini menggalakkan pelabur untuk memegang dana mereka dalam dolar AS berbanding menukarnya kepada ringgit sehingga timbul keperluan untuk berbuat demikian.

“Nilai mata wang ditentukan oleh permintaan dan penawaran agregat. Apabila kebanyakan pihak memilih untuk memegang dolar AS, ringgit akan ditekan untuk merosot,” katanya.

Usul 3 strategi

Menyifatkan langkah kembali kepada rejim kawalan modal sebagai sesuatu yang tidak perlu dipertikai, Lee mencadangkan tiga strategi untuk menangani situasi negara.

Lee, yang juga ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Kewangan Dan Ekonomi, menggesa agar pembelian dolar oleh pengimport diawasi dengan lebih ketat dan proses kelulusan tempatan untuk FDI dipercepat.

“Walaupun taktik politik yang terus dimainkan oleh pembangkang jelas tidak membantu, sudah tiba masanya kerajaan perpaduan memantau pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, MyDigital dan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Negara pada peringkat mikro,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo