Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, TBP pada tahun lepas memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk pengusaha sektor pertanian, penternakan dan perikanan.
Katanya, fokus utama TBP adalah projek agromakanan dalam Dasar Agro Makanan Negara serta Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu.
“Ia meliputi tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan, ternakan, ternakan akuakultur, nelayan dan industri asas tani (IAT),” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Amanat 2024 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kuala Nerus, di sini, hari ini.
Menurut beliau yang juga Adun Jabi, seramai 510 pemain sektor pertanian, penternakan dan perikanan telah mendapat kelulusan Program Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dengan nilaian sebanyak RM8,967,293.
Beliau berkata, program tersebut telah dilaksanakan selama lima tahun bermula 2019 hingga 2023.
“Ia adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang menceburi bidang pertanian, penternakan dan perikanan di negeri Terengganu,” jelasnya.
Tambah beliau, bagi terus membantu petani, penternak dan nelayan di negeri ini semua jabatan dan agensi disarankan agar terus memberi maklumat program-program bantuan berbentuk geran, pembiayaan mudah dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 1/2/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment